Tertinggal Pelajaran Sebab Tiada Duit!

Mereka Perlukan Bantuan Tajaan Untuk Belajar

Terpaksa Bergelut Antara Pendidikan & Wang

Rata-rata anak kecil di sini susah nak menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Faktor keluarga yang miskin dan tiada pendapatan tetap menyebabkan mereka terpaksa membunuh impian untuk belajar.

Majoriti anak kecil ini terpaksa bekerja demi membantu menambah pendapatan keluarga.

Mereka Perlukan Jalan Keluar

Anak-anak di sini tahu hanya pelajaran dapat mengubah nasib mereka. Sebab itu, kami membina beberapa Pusat Pembelajaran Islam (PPI) Al-Huda di Sabah untuk mereka belajar secara percuma!

Disini mereka akan belajar tentang perkara asas seperti membaca, mengira dan menulis. Mereka juga diajar tentang asas agama Islam & fardu ain.

Ini adalah langkah pertama kami untuk mendedahkan kepada mereka bahawa dunia luar lebih luas dari pandangan mereka.

Mustahil Mereka Dapat Belajar Tanpa Anda

Berkat sumbangan & doa anda, ramai pelajar keluaran PPI Al-Huda ini berjaya menamatkan alam persekolahan dengan jayanya. 

Namun, masih ramai lagi anak-anak kecil yang perlu dibantu supaya tiada lagi yang tercicir dalam pelajaran.

Demi membantu generasi akan datang dapat belajar dengan lebih baik, kami memerlukan sokongan dan sumbangan anda terus-menerus.

Tunaikan Hasrat Mereka Untuk Belajar

Apa Itu Kempen Taja Belajar

Taja Belajar adalah kempen tajaan kepada anak-anak di pedalaman & kepulauan Sabah untuk belajar secara percuma yang merangkumi pembelajaran 3M, asas agama Islam & fardu ain.

Ia akan menampung kos pembelajaran, peralatan, buku pelajar, bil & utiliti, upah guru, kos perjalanan dan lain-lain yang berkaitan sekolah.

Setiap tajaan daripada anda akan membuka satu pintu keluar kepada anak-anak di sini untuk mencapai impian mereka.

Tajaan RM 100 Sebulan Untuk 1 Orang Pelajar

500 anak-anak di sini memerlukan tajaan untuk meneruskan pelajaran di sekolah. Dengan RM100 yang anda sumbangkan, ia akan membantu menampung keperluan pelajar di sini.

Antaranya ialah:

Kelebihan Apabila Anda Taja Belajar

Profil Anak-Anak Tajaan

Cenderahati Dari Anak Asnaf Yang Ditaja

Layak Mendapat Pengecualian Cukai

Laporan Tahunan & Perkembangan Anak Asnaf

Pendidikan Kunci Perubahan Masa Depan

Terdapat beberapa buah Pusat Pembelajaran Islam dan surau kampung yang telah didedikasikan untuk pelajar menuntut ilmu khususnya di Sabah, umumnya di seluruh Malaysia, antaranya ialah:

Pendidikan Kunci Perubahan Masa Depan

Terdapat beberapa buah Pusat Pembelajaran Islam dan surau kampung yang telah didedikasikan untuk pelajar menuntut ilmu khususnya di Sabah, umumnya di seluruh Malaysia, antaranya ialah:

Siapa Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti 1 butir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji.
Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.

Sumbang Sekarang

©Sedekahsini Taja Belajar | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)