
ANJUNG IKHLAS
'' Tidak dikira beriman salah satu daripada kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai diri sendiri. ''
(HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)
Umat Islam Makin Bertambah
Setiap tahun ratusan warga Sabah dan Sarawak memeluk Islam, kembali kepada fitrah.
Alhamdulilah, semakin ramai yang menerima Islam dalam hati mereka dan ramai juga yang sedang mendalami Islam.


Mereka Belajar Dalam Kekurangan
Keterbatasan ini menyebabkan anak-anak ini tidak mampu belajar agama dengan sempurna.
Akses Yang Terhad

Prihatin Atau Pedulikah Kita?

Mereka Perlukan Kita
ANJUNG IKHLAS
Ke Mana Sumbangan Anda Akan Disalurkan?

1) Kelas Fardu Ain
Menyediakan pengajian Fardu Ain bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa secara percuma, dengan bantuan Daie-Daie yang kami pilih untuk membimbing mereka.

2) Kit Bantuan Ke Sekolah
Menyediakan peralatan sekolah yang lengkap bagi mereka supaya proses pembelajaran menjadi lebih mudah dan efisien.

3) 1 Daie Untuk 30 Pelajar
Menyediakan peluang pekerjaan dengan melantik Daie-Daie untuk mengajar kanak-kanak di sini dengan lebih teratur.
Namun Kami Tak Mampu Tanpa Anda
SIAPA KAMI?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.
Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Bantu Pesakit Sihat
Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Kasih Ramadan
Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

Sekolah Agama Rakyat
Projek pembinaan Sekolah Agama di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 420 orang murid dan 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

Demi Surauku
Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti yang berada di Sabah dan Selangor.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍإِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Riwayat al-Tirmizi (662)
Bantu Mereka Bersama Kami
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Kepada Anjung Ikhlas

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: ANJUNG IKHLAS
Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk sms daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<

©Anjung Ikhlas | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)