Sampaikan Pendidikan Islam Kepada Anak-Anak Orang Asli

Bantu Lahirkan Generasi Orang Asli yang Celik al-Quran

Menetap Jauh di Pedalaman

POS Kuala Mu, Perak adalah sebuah perkampungan orang asli suku Temiar yang terletak di Banjaran Titiwangsa, 65 km dari pekan Sungai Siput Utara.

Perkampungan yang terkenal dengan keindahan alam yang dikelilingi Hutan Hujan Tropika dan kedinginan Sungai Mu yang menjadi tempat berteduh dan mencari rezeki buat saudara baru Orang Asli di sana.

Namun begitu, masyarakat orang Asli Kuala Mu sangat sukar mendapatkan pendidikan agama kerana tiada kelas pengajian Islam secara formal yang dijalankan di sini selain yang diajar di sekolah. Malah mereka perlu melalui perjalan yang jauh & berliku untuk ke pusat pengajian yang terdekat.

Bantu Anak-Anak Orang Asli Membaca al-Quran

Pusat Pengajian Iqra al-Husna merupakan sebuah inisiatif yang telah ditubuhkan oleh Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Sungai Siput dalam membantu lebih ramai anak-anak orang Asli mendapat pendidikan asas agama Islam.

Projek ini adalah untuk mengisi kelompongan ruang pendidikan agama yang perlu diterapkan kepada anak-anak orang Asli di Kuala Mu yang sukar mendapat akses kepada pendidikan agama yang formal di samping membantu mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah, sepanjang setahun kelas ini berjalan, majoriti anak-anak orang Asli ini telah menguasai huruf hijaiyah dan 60% daripadanya dapat membaca Iqra dengan sangat baik.

Selain itu, mereka turut diajar ilmu fardhu ain, ilmu akidah dan fekah bagi menambahkan ilmu asas fardhu ain dalam ibadah harian.

Bantu Mereka Mendapatkan Pendidikan Islam dengan Lebih Baik

Dengan sumbangan & doa anda, ramai anak-anak orang asli di POS Kuala Mu dapat belajar al-Quran dan ilmu fardhu ain dengan lebih baik.

Namun begitu, masih ramai lagi anak-anak yang perlu dibantu supaya tiada lagi yang tercicir dalam pendidikan Islam.

Tunaikan Hasrat Mereka Untuk Belajar

Kelebihan Apabila Anda Taja Belajar

Profil Anak-Anak Tajaan

Cenderahati Dari Anak
Asnaf Yang Ditaja

Layak Mendapat
Pengecualian Cukai

Laporan Tahunan &
Perkembangan Anak Asnaf

Apa Itu Kempen Taja Belajar

Taja Belajar ialah satu kempen tajaan kepada anak-anak di Perkampungan Orang Asli Kuala Mu, Perak untuk terus belajar secara percuma.

Tajaan yang diberikan akan menampung kos pembelajaran pelajar, kos peralatan, kos buku pelajaran, kos bil & utiliti, kos upah cikgu, kos perjalanan dan lain-lain yang berkaitan sekolah.

Setiap tajaan daripada anda akan membuka satu pintu keluar kepada anak-anak di sini untuk mencapai impian mereka.

Pendidikan Kunci Perubahan Masa Depan

Terdapat beberapa buah Pusat Pembelajaran Islam dan surau kampung yang telah didedikasikan untuk pelajar menuntut ilmu khususnya di seluruh negara, antaranya ialah:

Pendidikan Kunci Perubahan Masa Depan

Terdapat beberapa buah Pusat Pembelajaran Islam dan surau kampung yang telah didedikasikan untuk pelajar menuntut ilmu di seluruh negara, antaranya ialah:

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti 1 butir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji.
Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.

Jom Taja Pendidikan Orang Asli Sekarang!

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

011-2058 5417 (En Madhajan)
Klik sini untuk Whatsapp

©Sedekahsini Taja Belajar | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)