500 ANAK ASNAF & ANAK YATIM DI SEMPORNA, SABAH

Mereka perlukan tajaan pendidikan dari anda

Mereka Pelapis Generasi Masa Hadapan

JOM TAJA ANAK-ANAK ASNAF DI SABAH

Kebanyakan mereka di pedalaman Sabah, khususnya di Semporna mempunyai banyak limitasi bantuan dan kemudahan disebabkan beberapa faktor:

Tiada kad pengenalan diri disebabkan terlalu jauh dari kawasan bandar

Tiada kenderaan untuk ke bandar & kos pengangkutan yang sangat mahal

Sumber pendapatan yang terhad & tak menentu

Tiada capaian internet yang luas untuk memohon bantuan

Kawasan pendalaman yang sukar diakses oleh orang luar

KENAPA ANAK-ANAK INI PERLU DIBANTU?

Disebabkan kebanyakkan mereka tiada kad pengenalan (stateless), maka peluang pendidikan yang terbuka untuk mereka terhad.

Jadi ia mengakibatkan kanak-kanak ini:

Tidak pandai membaca

Tidak pandai mengira

Tidak pandai mengaji

Kurang ilmu agama

Bayangkan bagaimana dengan solat mereka jika tidak mahir mengaji & ilmu agama pun kurang didedahkan.

APA ITU TAJA BELAJAR?

Kempen Taja Belajar adalah satu kempen khusus bagi membantu mengurangkan beban anak-anak asnaf dan anak yatim yang belajar di Pusat Pembelajaran Islam al-Huda di Semporna. Kempen tajaan ini menyasarkan anak-anak yang datang dari keluarga berpendapatan RM400 hingga RM500 sebulan.

Di Pusat Pembelajaran Islam al-Huda, seramai 500 pelajar asnaf memerlukan tajaan belajar sehingga mereka berumur 13 tahun dengan minimum penajaan setahun setiap seorang.

DI MANA ANAK-ANAK TAJAAN ANDA AKAN BELAJAR?

Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda (PPI al-Huda) ialah one stop center untuk pelbagai kegiatan penduduk setempat seperti kelas belajar, kelas mengaji, kegiatan ekonomi, aktiviti kendiri dan sebagainya.
 
Kami juga akan salurkan bantuan kepada mereka melalui PPI al-Huda seperti makanan & keperluan asas lain.
 
Harapan kami, dengan adanya PPI al-Huda ini mampu membela nasib penduduk setempat yang kurang mendapat perhatian dunia luar.
 
Buat masa sekarang, kami berjaya menubuhkan 2 PPI al-Huda di Sabah dengan kapasiti 576 pelajar.
 
✅ PPI al-Huda Kuala Bibang, Semporna
✅ PPI al-Huda Pekan 2, Semporna

APA YANG ANDA DAPAT APABILA MENYERTAI TAJA BELAJAR?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang  sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Kasih Ramadan

Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

Sekolah Agama Rakyat

Projek pembinaan Sekolah Agama di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 420 orang murid dan 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

Demi Surauku

Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti yang berada di Sabah dan Selangor.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan tersebut); dan janganlah engkau menjadi golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."

TAJAAN ANDA PENERUS MASA HADAPAN MEREKA

Hanya 4 Langkah Mudah 

Untuk Menyertai Taja Belajar

Pilih pakej tajaan pilihan anda

Isi maklumat diri anda

Lakukan pembayaran pertama anda

Wakil Yayasan Ikhlas akan menghubungi anda untuk penghantaran profil dan urusan seterusnya

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, HUBUNGI:

011-2058 5417 (EN MADHAJAN)

Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk sms daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<

©Anjung Ikhlas | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)