Seorang anak kecil duduk bersila di lantai kayu usang, jari jemarinya menyentuh helaian al-Quran lusuh di hadapannya. Dia mahu menjadi hafiz, mahu menghafal setiap ayat, tapi di sudut hatinya, ada keresahan…
“Jika aku besar nanti, apa aku boleh buat? Bagaimana aku akan sara hidup?”
“Tiada sekolah. Tiada peluang kerja. Tiada masa depan.”
Anda boleh ubah segalanya. Dengan satu sumbangan, anda bukan sekadar membantu mereka hafal al-Quran, tetapi juga memberi mereka kemahiran TVET untuk berdikari. Ilmu mereka, pahala anda mengalir selamanya!
Kebanyakan anak di pedalaman Semporna, Sabah, berimpian untuk belajar dan mengubah masa depan, tetapi tanpa peluang dan kemudahan, impian itu seakan mustahil.
Setiap hari, dia berpindah-randah mencari ruang untuk menghafal.
Sebagai anak tanpa dokumen (OTD), peluang ke sekolah hampir tiada.
Masa depannya kabur tanpa ilmu yang boleh membantunya menyara diri.
Tahfiz TVET Kg Bantayan menggabungkan hafazan al-Quran dan kemahiran TVET, memberi anak-anak pedalaman Semporna peluang belajar dan berdikari.
Ia juga menjadi tempat selamat bagi mereka beriadah, mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat, dan menjauhkan diri dari pengaruh negatif.
Dengan satu sumbangan, anda bukan sekadar membina hafiz, tetapi juga melahirkan generasi berkemahiran. Ilmu mereka, pahala anda mengalir selamanya!
Atas ihsan Tuan Haji Taib, tanah seluas 1 ekar bertempat di Kg Bantayan, Semporna dapat dimanfaatkan kepada 100 pelajar untuk menuntut ilmu Quran dan kemahiran. Pelbagai infrastruktur akan dibina untuk memudahkan proses pembelajaran, antaranya:
Mampu menampung kapasiti 100 orang pelajar
Mampu menampung kapasiti 100 orang pelajar
Latihan kemahiran untuk pelajar supaya mereka boleh berdikari
Aktiviti sihat untuk menarik minat remaja
Untuk menempatkan guru-guru tahfiz
Untuk menguruskan operasi Tahfiz
Impian ini hanya boleh jadi kenyataan dengan bantuan anda!
Bangunan ini dilengkapi fasiliti lain sesuai dengan hasrat Tahfiz TVET
Antara program yang akan ditawarkan:
Barang siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.
-HR Muslim (No. Hadis 1893)
Bayangkan setiap kali anak-anak ini menghafal al-Quran & menggunakan kemahiran yang anda bantu, pahala terus mengalir kepada anda!
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.
©Sedekahsini Tahfiz TVET | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)