Surau Ini Semakin Uzur, Sempit,
Ini Harapan Muslim Di Sini

Ruang sujud menjadi penyuluh cahaya Islam bagi warga pulau ini

16 Tahun Menjadi Nadi Syiar Islam Kampung Lumanggas

Selama 16 tahun, Surau Kampung Lumangas, Pulau Bait menjadi tempat aktiviti kerohanian dan pembangunan masyarakat bagi lebih 200 muslim di sini. Selain daripada beribadah, ruangan surau ini juga digunakan sebagai tempat belajar anak-anak Kampung Lumanggas bimbingan guru-guru Yayasan Ikhlas.

Mereka tidak mengimpikan surau yang mewah dan besar, tapi cukup sekadar selesa untuk mereka melaksanakan ibadah dan mengajar generasi baru untuk mencintai agama.

frame gambar lumanggas

Kenapa Surau Ini Begitu Penting Untuk Lumanggas?

Kampung Lumanggas  merupakan sebuah komuniti Muslim di Pulau Bait daerah Semporna, Sabah yang masih memerlukan ruang ibadah dan pendidikan agama yang lebih selesa. Lokasi mereka yang berada di pulau menyukarkan akses terhadap pendidikan formal dan pengajian Islam.

Bagi mereka, surau ini bukan sekadar bangunan. Ia adalah pusat yang menyatukan masyarakat dan menjadi pemangkin kepada kesuburan Islam di kampung ini.

Map Lumanggas 2
Populasi Semasa
0 +
Kapasiti surau
± 0

Namun, Surau Ini Tidak Lagi Mampu
Menampung Keperluan Mereka

Surau sedia ada tidak lagi mampu menampung keperluan lebih 200 jemaah di Kampung Lumanggas.

Ruang surau terhad

Ruang yang terhad menyebabkan ada jemaah terpaksa bersolat di atas tanah.

Keadaan surau uzur

Keadaan surau semakin uzur, tiang, papan dan bumbung surau mula rosak

Pusat menuntut ilmu

Surau ini juga menjadi pusat pendidikan buat anak-anak pedalaman di kampung ini.

Rumah untuk guru pedalaman

Turut akan dibina rumah guru pedalaman yang mengajar di sini

Bayangkan Jika Surau Ini Siap Dibina

Surau ini bakal menjadi ruang yang lebih selesa untuk penduduk bersolat, anak-anak belajar Al-Quran dan masyarakat menghidupkan majlis ilmu bersama.

Dari sinilah Islam terus subur di Kampung Lumanggas, dan setiap kebaikan yang berlaku di dalamnya menjadi pahala jariah buat para penyumbang.

Bayangkan Jika Surau Ini
Siap Dibina

Surau ini bakal menjadi ruang yang lebih selesa untuk penduduk bersolat, anak-anak belajar Al-Quran dan masyarakat menghidupkan majlis ilmu bersama.

Dari sinilah Islam terus subur di Kampung Lumanggas, dan setiap kebaikan yang berlaku di dalamnya menjadi pahala jariah buat para penyumbang.

Barangsiapa yang membina masjid kerana Allah SWT walaupun sebesar sarang burung atau lebih kecil daripadanya, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga.

Bayangkan setiap kali mereka beribadah di surau yang anda bantu, pahala terus mengalir kepada anda!

Setiap Sumbangan Layak Mendapat
Pengecualian Cukai

Tabung Masjid acc bank

Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.

Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.

Logo Yayasan Ikhlas Mini Normal

©Sedekahsini Baik Pulih Surau Lumanggas | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)