Walaupun panas, bocor ketika hujan, dan sempit, inilah tempat kami berkumpul untuk solat berjemaah, tazkirah, dan aktiviti kampung.
📍 Masjid Rahmani Kg Sadek, Baling sudah 64 tahun berdiri, kini terlalu uzur dan membahayakan jemaah.
Kerosakan yang perlu dibaiki segera:
Air menitis setiap kali hujan.
Dimakan anai-anai, berisiko runtuh.
Kurang pencahayaan & pengudaraan.
Masjid panas & tidak selesa.
Jemaah terpaksa solat di luar.
Atas nasihat dan saranan Jabatan Agama Negeri, proses baik pulih tidak boleh dimulakan selagi belum cukup RM1 juta, untuk mengelakkan masalah di bawah terjadi.

Gambar penyerahan mockup cheque RM230,105.29 dari Yayasan Ikhlas kepada wakil Masjid Rahmani
Sejak 24 November 2025, kerja-kerja meroboh struktur lama Masjid Rahmani telah dijalankan. Kini, fasa pembinaan sedang dijalankan oleh pihak masjid melalui kontraktor yang dilantik.
Pihak masjid juga telah membina khemah yang mampu memuatkan seramai 300 jemaah pada satu masa sebagai tempat solat sementara.
Hari ini, pembinaan masjid diteruskan termasuklah di bulan Ramadan bagi mempercepatkan proses pembinaan masjid ini.
Sumbangan anda adalah saham akhirat yang akan mengalir pahalanya selama masjid ini digunakan.
Tabung Masjid ialah kempen membina dan membaik pulih rumah Allah di Malaysia dari segi infrastruktur.
Bantuan kepada masjid & surau ini bertujuan untuk meningkatkan taraf kualiti, fasiliti dan perkhidmatan agar jemaah dapat menunaikan kewajipan dengan selesa & sempurna serta memberi manfaat kepada aktiviti komuniti setempat.
Setiap sumbangan untuk rumah Allah ini akan menjadi saham akhirat kita.
Siapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga.
-Daripada Jabir Bin Abdullah
Yayasan Ikhlas telah banyak membantu masjid & surau melalui 4 segmen:
Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.
Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu diri sendiri kelak dengan pengecualian cukai LHDN.
©Sedekahsini Tabung Masjid | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)