Bayangkan anda sedang bersujud, tiba-tiba air menitis ke dahi anda.
Jemaah terpaksa berhimpit, kepanasan, dan ada yang solat di luar kerana ruang masjid terlalu kecil.
Inilah realiti di Masjid Rahmani hari ini.
Masjid Rahmani, yang telah berdiri sejak 1961, kini dalam keadaan terlalu uzur, tidak selesa dan membahayakan kepada para jemaah.
Tanpa bantuan anda, dalam beberapa tahun lagi, masjid ini mungkin tidak selamat untuk digunakan. Kita tidak boleh membiarkan rumah Allah ini terus uzur tanpa bertindak!
Air menitis setiap kali hujan.
Dimakan anai-anai, berisiko runtuh.
Kurang pencahayaan & pengudaraan.
Masjid panas & tidak selesa.
Jemaah terpaksa solat di luar.
Tabung Masjid ialah kempen membina dan membaik pulih rumah Allah di Malaysia dari segi infrastruktur.
Bantuan kepada masjid & surau ini bertujuan untuk meningkatkan taraf kualiti, fasiliti dan perkhidmatan agar jemaah dapat menunaikan kewajipan dengan selesa & sempurna serta memberi manfaat kepada aktiviti komuniti setempat.
Setiap sumbangan untuk rumah Allah ini akan menjadi saham akhirat kita.
Impian ini hanya boleh jadi kenyataan dengan bantuan anda!
80% masjid telah siap dibina. Mereka masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk menyiapkan baki pembinaan 20%.
Yayasan Ikhlas telah banyak membantu masjid & surau melalui 4 segmen:
Siapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga.
-Daripada Jabir Bin Abdullah
©Sedekahsini Tabung Masjid | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)