Pecutan Terakhir!

Gandakan Pahala 1,000X Di Akhir Ramadan

Ramadan Kian Pergi

  • 00Hari
  • 00Jam
  • 00Minit
  • 00Saat

Perahkan segala usaha & keringat kita untuk dapatkan pahala sebanyak mungkin setiap hari di akhir Ramadan ini.

Mana tahu ini HARI TERAKHIR kita berpeluang bersedekah di bulan Ramadan.

Infaq 1 Kali Tapi Manfaat Kepada 4 Golongan Penerima

Setiap 1 sumbangan anda ibarat sedekah kepada 4 kelompok golongan yang berbeza.

Bayangkan manfaat & kebaikan yang anda dapat jika membantu 4 orang serentak di dalam bulan Ramadan ini.

Ke Mana Sumbangan Anda Akan Kami Agihkan ?

1. Kempen Kasih Ramadan

Rata-rata orang miskin di Semporna yang kami tanya jika diberi pilihan, mahu beras atau ayam?

Jawapan mereka adalah 98% asnaf mahu beras.

Maka, kami boleh katakan bahawa asnaf fakir & miskin di Semporna, Sabah ini mungkin sangat jarang makan ayam.

Apatah lagi ayam masak merah. Ini adalah kisah biasa dan perkara harian yang dilalui oleh mereka.

Bayangkan bagaimana keadaan mereka untuk menyambut kehadiran Ramadan kali ini.

Ini adalah salah satu daripada ratusan kisah benar menyentuh hati yang diceritakan oleh Pengurus Yayasan Ikhlas di cawangan Semporna.

Kasih Ramadan adalah inisiatif Yayasan Ikhlas membantu anak yatim & asnaf di Malaysia yang kesusahan menempuhi bulan Ramadan.

Kasih Ramadan merupakan  projek yang telah dijalankan sejak 2014 kini menjangkau tahun ke-9.

Hasil sumbangan anda, kami berjaya membantu beribu keluarga sepanjang Ramadan lepas.

Bagi kempen Kasih Ramadan ini
Yayasan Ikhlas memfokuskan kepada 3 jenis bantuan iaitu :

2. Kempen Bantu Pesakit Sihat

Nenek ini berusia 96 tahun. Mengalami kekejangan otot sehingga menyebabkan kesukaran untuk beliau bergerak dan melakukan aktiviti harian apatah lagi beliau telah kehilangan penglihatan. Alhamdulillah anak dan cucu beliau sangat membantu selain jiran-jiran yang prihatin dengan keadaan nenek.

Rumah yang beliau duduki turut dikongsi oleh anak dan menantu serta cucu beliau. Mereka semua tidur di atas lantai yang keras dan lebih menginsafkan kami rumah kecil ini tiada bilik. Disitulah tempat bermain, tempat memasak dan makan. Disitulah jua tempat tidur. Ketika kami tiba, rumah ini bergoyang dan tidak kukuh. Pasti sangat tidak selamat buat penghuninya.

Ini adalah satu kisah daripada ribuan kisah para pesakit yang  kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan dari segi alatan perubahan bagi kelansungan kehidupan pesakit selepas nasihat serta pertemuan dengan doktor di hospital.

Projek ini mendapat kerjasama erat bersama Jabatan Kerja Sosial Hospital di seluruh negeri di Malaysia.

Projek Bantu Pesakit Sihat (BPS) ini merupakan salah satu daripada projek inisiatif berunsur kebajikan yang dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas dengan kerjasama pihak hospital bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat para pesakit yang kurang bernasib baik dalam menjalani proses rawatan yang memerlukan alat-alat tertentu dengan kos yang agak tinggi dan di luar kemampuan pesakit.

Alhamdulillah, sejak awal tahun 2021 sehingga kini lebih 105,630 penerima manfaat yang telah kami salurkan bantuan hasil sumbangan ikhlas anda semua.

Kos alatan yang tinggi dan faktor kemiskinan menyebabkan ramai dikalangan pesakit ini tidak mampu dan hanya berharap bantuan keluarga untuk membantu setiap pergerakan mereka.

Sumbangan akan digunakan untuk membantu dalam menyediakan Alat Bantuan Kesihatan, Kos Ubat-ubatan, Wang tunai serta Bantuan Makanan Asas.

3. Kempen Pembinaan Dua (2 ) Buah Sekolah Agama Rakyat di Kuala Penyu, Sabah

Bayangkan di zaman moden ini, masih ramai lagi anak-anak Muslim di negara kita tiada akses untuk pelajaran & pembelajaran agama.

Khususnya di pedalaman Kuala Penyu, Sabah. Anak-anak di sini masih tiada sekolah agama untuk mereka menuntut ilmu secara formal.

Mereka terlepas pelbagai ilmu agama & Al-Quran disebabkan tiada kemudahan asas seperti sekolah agama rakyat.

KENAPA SEKOLAH AGAMA RAKYAT ?

Disebabkan lokasi Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang strategik, ianya bukan memberi manfaat kepada Kg. Kilugus & Kg Sangkabok sahaja, tapi kepada 7 kampung-kampung berhampiran.

DI MANA TAPAK LOKASI PEMBINAAN SEKOLAH ?
PELAN CADANGAN 3D SEKOLAH AGAMA RAKYAT
UPDATE TERKINI (APRIL 2022)
FASA PERTAMA PEMBINAAN SEKOLAH

4. Kempen Pembinaan Masjid Di Sipitang, Long Pasia Sabah.

PERIT TAPI BENAR. Orang Islam di pedalaman Sabah khususnya di Kampung Long Pasia tidak pernah rasa pengalaman solat berjemaah di masjid. 

Kampungnya cantik tapi disebabkan terlalu jauh ke pedalaman, maka sukar untuk diakses kenderaan biasa.

Pekan ini sangat terpinggir, jaraknya kira-kira 300 km daripada Kota Kinabalu dan terletak di sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.

Jadi kos logistik untuk membina masjid di sana tersangatlah tinggi.

KENAPA PILIH LONG PASIA UNTUK BINA MASJID ?
FASA PEMBINAAN MASJID LONG PASIA
FASA 1
Oktober 2022 – Mac 2023

Pembinaan masjid untuk 100 orang lengkap dengan 4 buah tandas, bilik imam, bilik audio, audio sistem masjid.

FASA 2
Mei 2023 – Oktober 2023

Pembinaan dewan komuniti, pusat sumber dan beberapa bilik penginapan.

FASA 3
Jan 2024 – Jun 2024

Pembinaan gerbang Balai Islam Long Pasia
*Target Hari Raya Aidiladha 2024 : Serahan projek kepada JHEAINS Sipitang disaksikan Mufti Kerajaan Sabah.

SURAT SOKONGAN PEJABAT MUFTI
BAGI PEMBINAAN MASJID LONG PASIA
LAKARAN 3D PEMBINAAN MASJID LONG PASIA

Serta senarai masjid dan surau yang bakal dibina dan dibaikpulih  dalam kempen demisurauku ini :-

  • Kampung Sosondoton, Ranau, Sabah

    Perkampungan mualaf di atas bukit yang turut menempatkan pelajar-pelajar tahfiz. Malangnya, mereka tiada tempat yang sesuai untuk belajar & menghafal dengan selesa.

  • Kampung Baru Rantau Panjang, Sibu

    Masjid / surau yang terdekat amat jauh untuk mereka pergi bagi menghadirI solat dan kelas agama.

  • Sungai Mujong, Kapit

    Kawasan rumah Panjang di Kapit. Terdapat beberapa keluarga muslim, dan tanah telah diwakafkan oleh penduduk untuk pembinaan surau.

  • Kampung Lalasun, Sandakan

    Keadaan surau berada dalam keadaan sangat dhaif. Jemaah kampung terpaksa ke kampung sebelah yang mengambil masa perjalanan selama 45 minit.

  • Kampung Tanjung Kapor, Kudat

    Kawasan pedalaman di tepi laut yang sudah berada dalam keadaan reput. Menanti jatuh ke tanah.

  • Kampung Selamat, Semporna

    Sebuah masjid yang berada dalam keadaan dhaif terutamanya dari sudut struktur dinding, pendawaian dan lantai.

  • Kampung Semarang, Betong, Sarawak

    Masjid ini terbakar dan sedang dalam usaha untuk dibaik pulih dengan menyediakan kemudahankemudahan dalam masjid.

Sumbangan anda akan meringankan beban

4 Golongan
Penerima

1

Fakir Berbuka & Beraya

2

Peralatan Pesakit Kronik

3

Sekolah Agama Rakyat

4

Bina Masjid Di Sabah

SIAPA YAYASAN IKHLAS

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Setiap sumbangan yang anda lakukan bersama Yayasan ikhlas layak mendapat Pengecualian Cukai LHDN.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Kasih Ramadan

Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

Sek. Agama Rakyat

Pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Kg Kilugus & Kg Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

Demi Surauku

Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti anak-anak asnaf, fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan yang terletak di Borneo.

Kelebihan Berinfaq Dengan Yayasan Ikhlas

Setiap sumbangan anda layak mendapat resit Pengecualian Cukai LHDN

Ditubuhkan pada 2009 & berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri

Membantu meningkatkan taraf hidup Muslim fakir & miskin luar bandar

2/3 bantuan anda disalurkan kepada rakyat Malaysia & di pedalaman Borneo

Istimewa Ramadan kali ini, setiap sumbangan anda akan membantu 4 golongan kritikal di Malaysia dengan meringankan beban mereka & membina komuniti yang lebih holistik.

Kempen Kasih Ramadan

24,843 Penerima manfaat

Kempen Bantu Pesakit Sihat

105,630 Penerima manfaat

Kempen Sekolah Agama Rakyat

Tajaan 4 buah sekolah

Kempen Demi Surauku

Bina & baiki masjid di Sabah

HADIAH ISTIMEWA UNTUK ANDA

Sumbang sekarang & anda boleh memenangi hadiah menarik yang bernilai sehingga RM16,739!

Dengan sumbangan serendah RM50, anda layak mendapat 1 tiket cabutan bertuah. Penyertaan dibuka seawal  28 April jam 10pm sehingga 1 Mei jam 11.59 malam sahaja. 

Sumbang dalam 3 Hari Ini Sahaja!

Dan anda berpeluang memenangi tiket mengerjakan UMRAH SECARA PERCUMA!

"Hadiah ini adalah tajaan syarikat perniagaan 100%, dan tidak melibatkan dana sumbangan awam"
  • Pakej Umrah Tajaan Amani Travel x1

    bernilai RM6990

  • Tiket Pelancongan Kemanusiaan Ke Semporna 3H 2M x2

    bernilai RM2999

  • Baucer MYDIN RM100 x30

    bernilai RM3000

  • Baucer MYDIN RM50 x50

    bernilai RM2500

  • Al-Quran Humaira Hard Cover tajaan Maghfirah Pustaka x8

    bernilai RM800

  • Frame Pintu Kaabah x3

    bernilai RM450

Cabutan bertuah akan dilakukan secara LIVE di Facebook Yayasan Ikhlas pada 2 Mei 2022, 5.00 petang. Jangan lupa ‘LIKE’ page kami dulu.

Lazimkan Berinfaq Setiap Hari Di Akhir Ramadan

"Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan."

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: 1000 Bulan

Terma dan Syarat Kelayakan
1. Penyertaan adalah dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia.
2. Tempoh penyertaan kempen Ambang Pahala 1000 bulan 4 dalam 1 akan bermula daripada tarikh 28 April 2022 jam 12.0am dan akan tamat pada 01 Mei 2022 pada jam 11.59pm.
3. Pemenang akan diumumkan menerusi live di Sosial Media Yayasan Ikhlas dalam tempoh 30 hari selepas tamat kempen
4. Bagi setiap RM50 sumbangan, peserta sumbangan layak mendapat satu (1) penyertaan untuk cabutan bertuah penyumbang.
5. Hadiah Utama adalah pakej umrah Safwah yang bernilai RM6990 ditaja oleh syarikat Amani Travel Sdn Bhd dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai. Pihak penaja berhak mengubah hadiah tanpa perlu persetujuan daripada pemenang.
6. Hadiah adalah tertakluk kepada perubahan sekiranya pihak penaja menarik diri, pihak penganjur berhak mengubah hadiah kepada hadiah yang sama nilai ataupun lebih.
7. Wargakerja dan Ahli Keluarga terdekat Yayasan Ikhlas tidak layak untuk menyertai kempen ini.
8. Pemenang akan dihubungi melalui whatsapp atau panggilan telefon dan hadiah perlu dituntut dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman dibuat. Hanya pemenang yang dipilih sahaja yang layak membuat tuntutan hadiah.
9. Yayasan Ikhlas Berhak membatalkan kemenangan jika terdapat info atau maklumat yang tidak benar atau tidak sah
10. Yayasan Ikhlas berhak menggunakan gambar dan video yang diambil oleh pemenang untuk tujuan promosi dan siaran media sosial

©Kempen Memburu Pahala 1000 Bulan | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)