Mana tahu ini HARI TERAKHIR kita berpeluang bersedekah di bulan Ramadan.
Perahkan segala usaha dan keringat kita untuk dapatkan pahala sebanyak mungkin setiap hari di akhir Ramadan ini.
"Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan."
Surah Al-Qadr: 3
Bayangkan manfaat & kebaikan yang anda dapat jika membantu 4 orang serentak di dalam bulan Ramadan ini.
Beri bantuan makanan dan kelengkapan Hari Raya kepada asnaf di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Sumbang sekarang untuk membawa kegembiraan pada mereka yang memerlukan.
Masjid Rahmani, Kg Sadek yang berusia 64 tahun kini dalam fasa pembangunan. Jemaah terpaksa solat di khemah sementera. 40% lagi dana diperlukan untuk Masjid Rahmani ini siap dibina.
Sumbangan anda membantu kami memiliki van jenazah yang lengkap bagi melancarkan urusan fardu kifayah masyarakat. Dana ini digunakan untuk memiliki unit van jenazah yang dilengkapi katil aluminium bersistem pengunci dan kelengkapan pengurusan jenazah yang sempurna.
Yayasan Ikhlas melalui Zon Pantai Timur bersama Sukarelawan Team Ikhlas Besut turun ke Balairaya Kg Batu 48, Dungun untuk menyampaikan sumbangan kepada komuniti setempat. Seramai 30 penerima daripada 6 KRT terpilih menerima Pek Kasih Ramadan bagi membantu mereka meneruskan baki Ramadan dengan sedikit kelegaan. Majlis ini turut dihadiri oleh Lt. M (PA) Wan Nashriq Hairis, Wakil Yayasan Ikhlas Zon Pantai Timur.
NGO Childrity bersama Yayasan Ikhlas untuk menyantuni komuniti pedalaman Semporna. Sebanyak 100 bakul Ramadan diagihkan kepada komuniti di Pekan 2, Kg Sri Kuala Bibang, Pulau Sebangkat, Pulau Bait dan Kg Lumanggas. 240 pelajar menerima alat tulis, buku IQRA dan tote bag di beberapa lokasi termasuk Kg Tebu Bubul Airport, Pulau Bait, Kg Lumanggas dan Pulau Dewa.
Program ini bertujuan menghidupkan semangat Ramadan melalui aktiviti kebersamaan bersama masyarakat Orang Asli di KOA Keeb dengan kerjasama antara Pembina Ipoh, Moh Ngaji!, Yayasan Ikhlas dan I-Medik Perak.
Selain daripada mengejar gandaan ganjaran di akhir Ramadan, anda juga telah memberi manfaat buat penerima sumbangan ini.
Setiap sumbangan anda layak mendapat resit Pengecualian Cukai LHDN
Ditubuhkan pada 2009 & berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri
Membantu meningkatkan taraf hidup Muslim fakir & miskin luar bandar
2/3 bantuan anda disalurkan kepada rakyat Malaysia & di pedalaman Borneo
©Kempen Memburu Pahala 1000 Bulan | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)