Mana tahu ini HARI TERAKHIR kita berpeluang bersedekah di bulan Ramadan.
Perahkan segala usaha dan keringat kita untuk dapatkan pahala sebanyak mungkin setiap hari di akhir Ramadan ini.
"Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan."
Surah Al-Qadr: 3
Bayangkan manfaat & kebaikan yang anda dapat jika membantu 4 orang serentak di dalam bulan Ramadan ini.
Beri bantuan makanan dan kelengkapan Hari Raya kepada asnaf di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Sumbang sekarang untuk membawa kegembiraan pada mereka yang memerlukan
Masjid Rahmani, Kg Sadek yang berusia 64 tahun kini dalam masa pembangunan. Jemaah terpaksa solat di khemah sementera. 40% lagi dana diperlukan untuk Masjid Rahmani ini siap dibina.
Sumbangan anda membantu kami memiliki van jenazah yang lengkap bagi melancarkan urusan fardu kifayah masyarakat. Dana ini digunakan untuk memiliki unit van jenazah yang dilengkapi katil aluminium bersistem pengunci dan kelengkapan pengurusan jenazah yang sempurna.
Yayasan Ikhlas melalui Zon Pantai Timur bersama Sukarelawan Team Ikhlas Besut turun ke Balairaya Kg Batu 48, Dungun untuk menyampaikan sumbangan kepada komuniti setempat. Seramai 30 penerima daripada 6 KRT terpilih menerima Pek Kasih Ramadan bagi membantu mereka meneruskan baki Ramadan dengan sedikit kelegaan. Majlis ini turut dihadiri oleh Lt. M (PA) Wan Nashriq Hairis, Wakil Yayasan Ikhlas Zon Pantai Timur.
Majlis Iftar Bersama Pelajar & Ibu Bapa Al-Kisaei telah berlangsung dengan penuh keberkatan bersama Yayasan Ikhlas Sandakan.
Menerusi projek ini, khusus untuk Negeri Sabah, Yayasan Ikhlas telah menyerahkan bantuan kepada 710 keluarga di kawasan Semporna, Sandakan, Beaufort, Kuala Penyu dan Tawau yang dengan nilai sumbangan sebanyak RM 177,500.00
Selain daripada mengejar gandaan ganjaran di akhir Ramadan, anda juga telah memberi manfaat buat penerima sumbangan ini.
Setiap sumbangan anda layak mendapat resit Pengecualian Cukai LHDN
Ditubuhkan pada 2009 & berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri
Membantu meningkatkan taraf hidup Muslim fakir & miskin luar bandar
2/3 bantuan anda disalurkan kepada rakyat Malaysia & di pedalaman Borneo
©Kempen Memburu Pahala 1000 Bulan | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)