1 Kelas 50 Orang
1 Meja
Kongsi 3 Orang!

Mereka Perlukan Sekolah Agama Baru

Terpaksa Berhimpit Dan Berpanas Setiap Hari

Dalam kelas yang sempit, mereka terpaksa belajar bersesak-sesak, sampai duduk pun boleh berlaga bahu.

Aktiviti berhimpit dan berpeluh dalam kelas itu dah menjadi lumrah di Sekolah Agama Negeri (SAN) Merotai, Tawau, Sabah.

Bayangkan 1 meja kena kongsi sampai 3 orang pelajar. Meja pun bukan elok, tercabut sana sini, terkopak luar dalam.

Bila pelajar terlalu ramai dalam kelas, pelajar susah nak fokus belajar dan cikgu pun susah nak kawal kelas. 

Kesannya, semua pihak rugi.

Sekolah Cuma Muat 230 Orang Pelajar Je Tapi..

Sekolah Agama Negeri (SAN) Merotai ni terletak di Tawau,Sabah. Sekolah ni dah berusia hampir 40 tahun. Boleh kata hampir keseluruhan bangunan sekolah ini menggunakan kayu dan papan.

Jadi dah 40 tahun, infrastruktur bangunan ni banyak dah rosak & usang. Dinding dah mula berlubang, lantai dah mula reput, semua menunggu masa je untuk runtuh.

Sekolah yang sepatutnya memuatkan 230 orang pelajar terpaksa menampung lebih 500 orang pelajar!

Bayangkan sekolah yang ibarat bom jangka yang bila-bila masa boleh meletus, terpaksa beroperasi melebihi kapasiti yang sepatutnya.

5 Kekurangan
Sekolah Agama Negeri Merotai, Tawau

Struktur bangunan reput & usang sehingga membahayakan guru & pelajar.

8 orang cikgu sahaja ditugaskan untuk mengawal satu sekolah, yang pelajar lebih 500 orang.

2 tandas sahaja untuk tampung 1 sekolah termasuk pelajar & guru

Tiada kemudahan ko-kurikulum seperti padang walaupun yang kecil.

1 meja dikongsi sampai 3 orang pelajar, jadi pelajar susah nak fokus dalam kelas

Alhamdulillah, 4 Ekar Tanah Berjaya Diwakafkan, Cuma..

Syukur, ada sekumpulan hamba Allah sudi mewakafkan 4 ekar tanah di Tawau sebagai tapak untuk membina SAN Merotai yang baru.

Cuma mereka masih kekurangan dana untuk membina bangunan baru di atas tanah tersebut.

Dianggarkan untuk membina sekolah dan masjid di situ menelan kos sehingga RM5 juta.

Pahala Berpanjangan Hingga Akhirat

Bina sekolah agama di atas tanah wakaf bersama kami dalam kempen

Apa Itu SAR?

SAR ataupun Sekolah Agama Rakyat ialah kempen membina infrastruktur sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Khususnya di kawasan pedalaman yang tiada sekolah atau sekolah yang memerlukan naik taraf untuk keselesaan & keselamatan warga sekolah.

Fokus kami ialah memastikan anak-anak Islam di Malaysia ini terbela dari segi pendidikan sejak dari kecil, khususnya pendidikan agama.

Ini Bukti Kejayaan Kami

Dari atas kertas, alhamdulillah kami berjaya merealisasikan impian dan harapan penduduk Kampung Kilugus di Kuala Penyu, Sabah.

Dalam setahun sahaja, sebuah Sebuah Sekolah Agama Rakyat berjaya dibina di atas tanah wakaf seluas 3.5 ekar yang memberi manfaat kepada lebih 400 orang pelajar.

Berkat sumbangan orang ramai dan syarikat korporat, anak-anak di Kg Kilugus boleh menimba ilmu pengetahuan agama dan fardu ain.

Kami menyasarkan agar kempen ini dapat memberi lebih banyak manfaat kepada generasi Islam di pedalaman Sabah kerana mereka adalah pelapis dan pemimpin di masa hadapan.

Kebenaran Masuk Merancang SAN Merotai Tawau daripada MUIS

Kebenaran Pungutan Khairat di Negeri Sabah

Menuntut Ilmu Juga Satu Jihad!

“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.”

Siapa Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Sumbang Sekarang

©Sedekahsini Tabung Masjid | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)