Mustahak. Anak-anak di pedalaman Sabah sangat memerlukan sekolah seperti ini
Bayangkan dah tahun 2023, terlalu ramai lagi anak-anak Muslim di negara kita tiada kemudahan untuk belajar & mendalami asas agama.
Khususnya di Kg. Kilungus, pedalaman Sabah. Anak-anak di sini pada asalnya tiada sekolah agama untuk mereka menuntut ilmu secara formal.
Mereka terlepas pelbagai ilmu agama & Al-Quran disebabkan tiada kemudahan asas seperti sekolah agama rakyat.
DIsebabkan beberapa kekangan & halangan, mereka tidak dapat menuntut ilmu agama setiap hari:
Disebabkan lokasi Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang strategik, ianya bukan memberi manfaat kepada Kg Sangkabok sahaja, tapi kepada 7 kampung-kampung berhampiran.
Dengan Kerjasama Majlis Dakwah Negeri (MDN) Sabah
Dengan dana ini kami akan membangunkan Sekolah Agama Rakyat yang lengkap dengan dewan serbaguna, surau, bilik guru, bilik darjah, tandas & kantin.
Kemudahan asas seperti air dan elektrik juga akan disediakan daripada kosong.
Alhamdulillah, hasil sumbangan dari para penyumbang untuk pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Satu sekolah di Kg Kilugus telah siap dibina pada tahun 2022 dan mula beroperasi pada Mac 2023.
Teruskan menyumbang bersama Yayasan Ikhlas bagi projek menampung program-program kelas pengajian Islam di Sabah.
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.
Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 261)
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Kepada Sekolah Agama Rakyat
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran
Yayasan Ikhlas
5628 3463 6235
Rujukan: DANA PENDIDIKAN
©Sekolah Agama Rakyat | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)