TIADA SEKOLAH AGAMA
SELAMA 50 TAHUN

Punca anak-anak di pedalaman Sabah terpaksa ‘mewarisi’ kemiskinan keluarga

Mustahak. Anak-anak di pedalaman Sabah sangat memerlukan sekolah seperti ini

MEREKA TIDAK MINTA DILAHIRKAN MISKIN

Bayangkan dah tahun 2023, terlalu ramai lagi anak-anak Muslim di negara kita tiada kemudahan untuk belajar & mendalami asas agama.

Khususnya di Kg. Kilungus pedalaman Sabah. Anak-anak pada asalnya tiada sekolah agama untuk mereka menuntut ilmu secara formal.

Mereka terlepas pelbagai ilmu agama & Al-Quran disebabkan tiada kemudahan asas seperti sekolah agama rakyat.

BUKAN SENGAJA TINGGAL ILMU AGAMA

DIsebabkan beberapa kekangan & halangan, mereka tidak dapat menuntut ilmu agama setiap hari:

Sekolah agama terlalu jauh dari kampung sehingga 11km

Tiada kenderaan untuk hantar anak ke sekolah

Purata pendapatan satu keluarga cuma RM400 sebulan

Sekolah sedia ada tidak mampu menampung bilangan murid yang ada

KENAPA SEKOLAH AGAMA RAKYAT?

Disebabkan lokasi Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang strategik, ianya bukan memberi manfaat kepada Kg Sangkabok sahaja, tapi kepada 7 kampung-kampung berhampiran.

Dengan Kerjasama Majlis Dakwah Negeri (MDN) Sabah

Yayasan Ikhlas Memerlukan Dana Sebanyak

RM 50000

Dengan dana ini kami akan membangunkan Sekolah Agama Rakyat yang lengkap dengan dewan serbaguna, surau, bilik guru, bilik darjah, tandas & kantin.

Kemudahan asas seperti air dan elektrik juga akan disediakan daripada kosong.

PERKEMBANGAN TERKINI SEKOLAH KG KILUGUS

Alhamdulillah, hasil sumbangan dari para penyumbang untuk pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Satu sekolah di Kg Kilugus telah siap dibina pada tahun 2022 dan mula beroperasi pada Mac 2023.

Teruskan menyumbang bersama Yayasan Ikhlas bagi membantu program-program pengajian Islam di Sabah.

SIAPA YAYASAN IKHLAS?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Kasih Ramadan

Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

Sek. Agama Rakyat

Pembinaan Sekolah Agama Kg Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

Demi Surauku

Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti anak-anak asnaf, fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan yang terletak di Borneo.

BESAR PAHALANYA MEMBANTU ANAK-ANAK BELAJAR DI JALAN ALLAH

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.”

BANTUAN ANDA HARI INI IBARAT WAKAF UNTUK AKHIRAT KELAK.

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Menyumbang Kepada Sekolah Agama Rakyat

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6235
Rujukan: DANA PENDIDIKAN

©Sekolah Agama Rakyat | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)