Rebut Ganjaran
Keberkatan Subuh

Mulakan Hari Dengan Sedekah, Semoga Allah Bukakan Pintu Rezeki & Keberkatan

Apa itu Sedekah Subuh?

Sedekah subuh ialah amalan bersedekah pada waktu pagi, khususnya selepas masuk waktu Subuh atau selepas solat Subuh.

Ia boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti memberi wang, menyediakan makanan, membantu orang susah, menyumbang kepada tabung kebajikan, atau membuat sedekah online melalui platform yang dipercayai.

Yang penting bukan jumlahnya semata-mata. Yang lebih utama ialah keikhlasan, istiqamah dan niat untuk mencari reda Allah.

penerima - bayar fidyah

Hadis Malaikat Berdoa Setiap Pagi

“Tidaklah para hamba memasuki waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun. Salah satu daripadanya berdoa:

‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang berinfak.’ Dan malaikat yang satu lagi berdoa: ‘Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya.’”

-Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Manfaat Sedekah Anda

Dengan sumbangan anda, insya-Allah bantuan dapat disalurkan kepada:

Kluster Komuniti

Kluster Komuniti

Projek-projek yang menumpukan kepada pembangunan masyarakat dan impak kepada komuniti untuk jangka masa panjang.

Kluster Komuniti

Kluster Pendidikan

Menyediakan akses pendidikan, kelas agama dan bantuan pembelajaran untuk komuniti pedalaman serta anak-anak asnaf

Kluster Komuniti

Kluster Kesihatan

Menyalurkan bantuan rawatan, sokongan pesakit dan program kesedaran kesihatan kepada golongan memerlukan.

Kluster Komuniti

Kluster Bencana

Menggerakkan bantuan kecemasan, agihan makanan dan misi kemanusiaan kepada mangsa bencana dengan pantas.

❤️ Masih Ramai Yang Perlukan Bantuan

Di saat kita menikmati kehidupan harian…
masih ada mereka yang:

  • Berjimat untuk beli makanan
  • Tinggal di kawasan pedalaman tanpa keperluan asas
  • Anak-anak belajar dalam serba kekurangan
  • Menunggu bantuan untuk meneruskan hidup

Melalui sumbangan anda, Yayasan Ikhlas akan menyalurkan bantuan kepada pelbagai kluster kebajikan dan kemanusiaan mengikut keperluan semasa.

Satu Sedekah, Banyak Manfaat

Mungkin bagi kita hanya RM30.
Tetapi bagi mereka… itulah bantuan yang memberi harapan untuk terus bertahan.

Kadang-kadang, bukan jumlah yang Allah pandang.
Tetapi hati yang masih mahu peduli.

Seperti Yang Dipaparkan Dalam berita

Setiap Sumbangan Layak Mendapat
Pengecualian Cukai

Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.

Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.

Sumbang Sekarang

Logo Yayasan Ikhlas Mini Normal

©Sedekahsini Sedekah Subuh | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)