Tubuh kecil yang terhendap-hendap krew Korban Ikhlas melapah daging hanya berdiri & memerhati dari jauh sehingga tamat sesi agihan daging.
Tubuh kecil yang terhendap-hendap krew Korban Ikhlas melapah daging hanya berdiri dan memerhati dari jauh. Sehingga tamat sesi agihan daging dia masih berdiri disitu.
Herlyn, 11 tahun berjalan seorang diri dari rumahnya di pinggir hutan dengan kasut yang jelas nipis dan tapaknya telah haus.
Dia tidak tersenarai dalam penerima daging. Namun melihat kesungguhannya kami memberikan sebungkus daging kepadanya.
Dia mendengar kabar agihan daging korban kampung Gana namun kampungnya tidak tersenarai kerana bilangan daging tidak mencukupi dan bilangan penduduk islam di sana tidak di banci.
Kerana itulah walaupun jauh, susah dan perit mereka sanggup untuk berjalan jauh demi SEBUNGKUS DAGING KORBAN.
Lauk daging bukan setiap hari boleh disantap, nak kata setahun sekali pun susah nak tengok terhidang atas meja.
Khusus untuk anda yang masih belum mampu melaksanakan ibadah korban,
Atau ingin membantu saudara Islam kita merasa daging untuk kali pertama,
Jom ambil bahagian dalam SEDEKAH SEMPENA KORBAN!
Sedekah sempena korban tidak sama dengan melaksanakan Ibadah korban.
Sedekah sempena korban berlaku apabila harga satu bahagian itu disumbangkan oleh ramai orang.
Dengan erti lain, Sedekah yang dilakukan pada musim korban.
Sedekah sempena korban yang di sumbangkan akan disalurkan kepada :
1. Agihan daging korban (bahagian korban yang dikongsi bersama) kepada lokasi pedalaman yang terpilih.
2. Kos operasi dan pengurusan serta lain-lain kos berkaitan korban.
Walaupun tidak dikira sebagai ibadah korban, tapi jangan pandang enteng ganjaran PAHALA SEDEKAH.
Sebahagian besar daripada sedekah ini akan disalurkan untuk pengagihan daging kepada asnaf-asnaf yang lebih memerlukan seperti di Perkampungan Orang Asli Perak, Sarawak dan juga di Acheh.
Pengagihan kepada 1000 komuniti orang asli di Perak
Kempen Korban Ikhlas Orang Asli Perak pada tahun ini akan dilakukan di 3 buah Kampung Orang Asli iaitu Kampung Orang Asli Sungai Gapes, Kernang dan di Kuala Mu di Sungai Siput.
Sebanyak 10 ekor lembu akan dikorbankan di ketiga – tiga buah Kampung dengan anggaran 700kg daging lembu akan diagihkan kepada 3500 orang asli yang bakal menerima manfaat.
Jom laksanakan korban di Yayasan Ikhlas.
Daftar segera.
Agihan di 157 buah keluarga asnaf di Sarawak
Sarawak juga tidak terkecuali menerima daging korban sempena Kempen Korban Ikhlas. 4 kawasan atau daerah di Sarawak seperti di Kampung Jangkar Lundu, Kampung Kendaie Lundu, Kampung Tebun Simunjan, Sungai Asap Bintulu, dan Miri.
Antara keluarga asnaf yang akan menerima manfaat yang berada di pedalaman termasuklah di kawasan Tebun terdapat 24 keluarga asnaf, Sungai Asap 50 keluarga asnaf, Jangkar dan sekitarnya terdapat 30 keluarga asnaf, Kendaie dan sekitarnya hanya 23 keluarga asnaf, manakala Kampung Tatan, Loagan, Bunut dan sekitarnya mempunyai sebanyak 30 keluarga asnaf.
Marilah kita sertai ibadah korban pada tahun ini bersama Yayasan Ikhlas buat keluarga asnaf dimana mereka tidak bermewahan berbelanja walau membeli sekilo daging.
Siapa lagi yang akan bantu keluarga kita kalau bukan kita.
Kenapa Agihan Di Aceh ?
Masih ramai masyarakat yang hidup dalam keadaan kemiskinan di sana.
Jumlah penduduk miskin di Aceh pada September 2021 adalah seramai 850,260 orang – Data daripada Badan Pusat Statistik, Indonesia.
Daripada data ini menjadikan Aceh sebagai daerah termiskin di Sumatera dalam masa sama menjadikan Aceh termasuk dalam senarai lima (5) provinsi miskin di Indonesia dengan kadar kemiskinan sebanyak 15.53%.
Setidaknya dengan adanya bantuan sedekah sempena korban daripada tuan/puan dapat membantu dan mengukirkan senyuman di bibir mereka.
Aceh memerlukan kita.
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Setiap sumbangan yang anda lakukan bersama Yayasan ikhlas layak mendapat Pengecualian Cukai LHDN.
Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Sedekah Korban
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran
Yayasan Ikhlas
5628 3463 6235
Rujukan: SedekahKorban
Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk sms daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<
©Sedekah Korban | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)