Belum mampu korban? Jom ganti dengan sedekah daging kepada ribuan asnaf
Sedekah Daging Berbeza Dengan Ibadah Korban.
Ibadah Korban adalah ibadah khusus pada waktu tertentu, manakala Sedekah Daging pula bermaksud Sedekah yang dikumpulkan untuk diagihkan kepada asnaf yang tidak berpeluang menikmati daging.
Amalan bersedekah daging qurban kepada asnaf dan fakir yang memerlukan menjadikan ibadah ini satu galakan kepada yang berkemampuan.
Seperti Hadis Riwayat Al-Tirmidzi:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang qurban).”
Sedekah Daging vs Korban
Selama 9 Tahun YI dalam industri ini, pengagihan sedekah daging terlaksana dengan telus dan maklumat terekod.
YI telah menjelajah ke 9 buah negara dan seluruh negeri di Malaysia. Data asnaf di seluruh negara telah dikenalpasti.
YI berdaftar dan memiliki berbagai anugerah. Pelbagai entiti ternama mengakui ketelusan YI.
Hanya 3 langkah mudah, selesai!
Dengan serendah RM30.
Data dibawah adalah berdasarkan kempen Korban 2022.
Tahun 2023, Yayasan Ikhlas mensasarkan kempen Sedekah Daging di Malaysia sahaja.
Yayasan Ikhlas komited meneruskan kempen Sedekah Daging bagi memberi peluang kepada orang yang belum mampu melaksanakan korban.
Apa tunggu lagi? Rebut peluang ini sekarang untuk menyertai Sedekah Daging untuk saudara yang terpencil khususnya orang Asli di Kuala Mu (Perak), Sabah dan juga Sarawak.
Beri mereka peluang merasa daging tahun ini dan semoga sedekah daging tuan puan dapat menyantuni seramai mungkin saudara baru kita di Sabah Sarawak insyaAllah!
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Jika anda menyumbang dengan Yayasan Ikhlas, setiap sumbangan yang anda berikan menjadi sumber kebaikan yang meluas. Ini kerana sumbangan itu tidak hanya digunakan untuk memenuhi keperluan asas bagi yang memerlukan, tetapi juga untuk digunakan sebagai kos pengurusan dan inisiatif lain yang memberikan impak positif yang lebih luas.
Setiap sumbangan yang anda lakukan bersama Yayasan ikhlas layak mendapat Pengecualian Cukai LHDN.
Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Sedekah Korban
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran
Yayasan Ikhlas
5628 3463 6235
Rujukan: SedekahDaging
©Sedekah Daging | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)