REBUT PAHALA 10 HARI AWAL ZULHIJJAH

Sedekah Daging Pengganti Korban

Belum mampu korban? Jom ganti dengan sedekah daging kepada ribuan asnaf

KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH

“Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”
Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Hadis Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi & Ibn Majah

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri, berdasarkan hadis di atas, kita fahami bahawa tidak ada amalan yang dilakukan pada hari-hari yang lain melebihi sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah ini kerana ia dinyatakan oleh Allah SWT sendiri bahawa ia adalah hari yang paling disukai oleh-Nya dan ia juga adalah hari yang paling afdhal. 

Dikatakan bahawa 10 pertama bulan Zulhijjah merupakan hari yang paling disukai dan paling baik kerana padanya terdapat ziarah baitullah, Oleh kerana ia adalah hari yang lebih baik dan mulia berbanding hari-hari yang lain maka amalan soleh padanya juga adalah lebih afdhal berbanding hari-hari yang lain. 

Apa Itu Sedekah Daging?

Sedekah Daging Berbeza Dengan Ibadah Korban.

Ibadah Korban adalah ibadah khusus pada waktu tertentu, manakala Sedekah Daging pula bermaksud Sedekah yang dikumpulkan untuk diagihkan kepada asnaf yang tidak berpeluang menikmati daging.

Amalan bersedekah daging qurban kepada asnaf dan fakir yang memerlukan menjadikan ibadah ini satu galakan kepada yang berkemampuan.

Seperti Hadis Riwayat Al-Tirmidzi:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang qurban).”

5 Kelebihan Sedekah Daging Dengan Yayasan Ikhlas

Berpengalaman

Selama 9 Tahun YI dalam industri ini, pengagihan sedekah daging terlaksana dengan telus dan maklumat terekod.

Jaringan Global

YI telah menjelajah ke 9 buah negara dan seluruh negeri di Malaysia. Data asnaf di seluruh negara telah dikenalpasti.

Berdaftar

YI berdaftar dan memiliki berbagai anugerah. Pelbagai entiti ternama mengakui ketelusan YI.

Semudah ABC

Hanya 3 langkah mudah, selesai!

Berpatutan

Dengan serendah RM30.

Kemanakah Sedekah Daging Diagihkan?

Data dibawah adalah berdasarkan kempen Korban 2023.

Tahun 2024, Yayasan Ikhlas mensasarkan kempen Sedekah Daging di Malaysia sahaja.

Tahun 2024 Yayasan Ikhlas Sasarkan 16,000 Penerima Sedekah Daging

Rebut peluang ini membantu asnaf di pedalaman khususnya orang Asli di Kuala Mu (Perak), Sabah dan juga Sarawak.

Beri mereka peluang merasai daging pada tahun ini dan semoga sedekah daging tuan puan dapat menyantuni seramai mungkin saudara baru kita di Kuala Mu, Sabah & Sarawak InsyaAllah!

Hanya 3 Langkah Mudah

Untuk Menyumbang Sedekah Daging

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6235


Rujukan: SedekahDaging

©Sedekah Daging | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)