TERATAK UZUR TEMPAT BERTEDUH 11 AHLI KELUARGA
Rumah Keluarga Solihin Menunggu Runtuh
Rumah yang sepatutnya menjadi tempat berteduh & berlindung, hanya menunggu masa untuk rebah ke tanah.
Di saat rumah kita lengkap dengan peralatan moden & selesa, mereka hanya mampu bertahan dengan apa yang ada.
Bayangkan, rumah yang dipenuhi dengan dinding yang berlubang, atap zink yang berkarat, tiang yang reput. Semuanya usang & tidak selamat.
Layakkah rumah begini wujud dan dihuni oleh rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat pemurah?
REALITI YANG PAHIT & TAK DIHEBAHKAN
Ini bukan kisah atau situasi di luar negara. Inilah yang kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Solihin sekeluarga.
Kehidupan Solihin sekeluarga hanya cukup-cukup untuk makan dan minum sahaja. Mereka tidak mampu untuk membaiki rumah, apatah lagi untuk membina tandas dan bilik air.
Bayangkan kalau tandas rumah kita macam ni? Ini bukan masalah tandas rosak, tapi keluarga Solihin ini langsung tidak mempunyai tandas untuk digunakan.
Bantu Solihin sekeluarga baiki rumah & bina tandas dan bilik air.
KENAPA PERLU DIBANTU?
Rumah yang usang & menanti runtuh
Tiada tandas dan hanya membuang air besar di dalam kawasan hutan berdekatan rumah
Mempunyai 11 orang isi rumah yang tinggal bersama-sama di rumah usang
Mengelakkan gangguan binatang buas dan serangga berbisa
Menyediakan bilik air yang selesa dan menepati syariat terutamanya untuk ahli keluarga wanita
KOS YANG DIPERLUKAN
Anggaran untuk pembinaan tandas dan proses baikpulih rumah Solihin adalah sebanyak
SIAPA YAYASAN IKHLAS?
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :
Bantu Pesakit Sihat
Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.
Kasih Ramadan
Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.
Sekolah Agama Rakyat
Projek pembinaan Sekolah Agama di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 420 orang murid dan 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.
Demi Surauku
Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti yang berada di Sabah dan Selangor.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”
(Surah al-Munaafiquun, ayat 10)
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Kepada Rumah Keluarga Solihin
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran
Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: RUMAH ASNAF
Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk sms daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<
©Bantu Rumah Asnaf | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)