PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH

Pembinaan Aset Kekal. Sekolah yang bakal dibina akan menjadi saham akhirat buat kita.

PENERANGAN PROJEK PEMBINAAN TAHFIZ

Kewujudan maahad tahfiz di Malaysia bukanlah perkara baharu, dan tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Malah, masyarakat mula melihat kepentingan maahad kepada pembinaan tarbiah dan peribadi anak-anak mereka.

Sebab itulah, ada ibu bapa yang gigih menghantar anak mereka ke maahad tahfiz. Dengan harapan, anak-anak mereka dapat menghafaz al-Quran dan menjadi orang yang berguna.

Namun, bukan semua maahad tahfiz mempunyai dana yang mencukupi untuk membina sahsiah pelajar melalui sistem tarbiah yang bersepadu. Lebih-lebih lagi, Maahad Tahfiz al-Fateh yang mempunyai ruang yang terbatas untuk pelajar menuntut ilmu. Bayangkan jika 100 orang pelajar berkumpul dalam bilik yang sempit, bagaimana pembelajaran dapat dijalankan dengan baik?

Oleh sebab itu, Huffaz Ummah dijalankan sebagai usaha besar untuk pembinaan bangunan 3 tingkat di maahad tahfiz ini. Jika sebelum ini, maahad dapat menampung 34 orang pelajar sahaja, namun kali ini pembinaan ini akan memuatkan 100 orang pelajar dalam ruang pembelajaran yang kondusif.

Ketika saat iniMaahad Tahfiz Al-Fateh Masih Memerlukan Dana Sebanyak

RM 50000

BENTUK BANTUAN YANG DIPERLUKAN

Matlamat utama pembinaan bangunan tiga tingkat di Maahad Tahfiz al-Fateh adalah demi kepentingan pelajar dan guru. Pihak maahad sungguh komited untuk menjadikan maahad ini sebagai Pusat Latihan Pendakwah Bersepadu.

Melalui matlamat ini, maahad ini bakal melahirkan pendakwah yang berjaya pada masa hadapan. Selain itu, Maahad Tahfiz al-Fateh bercita-cita untuk membentuk sahsiah pelajar melalui sistem tarbiah yang bersepadu.

Sudah pasti, pihak maahad bersungguh-sungguh ingin membangunkan peribadi pelajar sebagai persediaan kepada mereka untuk menjadi pendakwah.

Pembinaan bangunan tambahan di Maahad Tahfiz al-Fateh adalah untuk menampung 100 orang pelajar dalam satu-satu masa. Oleh itu, pembinaan bangunan 3 tingkat ini berupaya untuk menyediakan:

  • Dewan terbuka
  • Asrama untuk pelajar perempuan
  • 21 buah kelas untuk pembelajaran
  • Tandas

 Dengan kemudahan ini, pelajar dapat menikmati pembelajaran dalam keadaan yang selesa dan menyenangkan. Maka, usaha maahad untuk melahirkan generasi pendakwah dapat dicapai sekiranya hasrat ini berjaya dilaksanakan.

TANAH SUDAH ADA, CUMA DANA MASIH TERBATAS

Tanah seluas 14 ekar sudah ada, tapi dana sedia ada tak cukup untuk bina bangunan.
Pelajar sedia ada berjumlah 40+/-. Sasaran bila bangunan ini siap, ia mampu menampung 100 orang pelajar dalam satu-satu masa

Oleh itu, kami memohon para penyumbang yang dermawan untuk membantu kami jayakan misi ini. Insyaallah, setiap ayat yang dihafal oleh pelajar, anda akan raih pahalanya di akhirat

KE MANA WANG ANDA AKAN DIGUNAKAN

Duit wakaf anda akan digunakan khas untuk membina bangunan baru 3 tingkat supaya lebih ramai lagi pelajar dapat masuk ke maahad ini.

Sehingga kini kami telah bina bangunan 2 tingkat di atas tanah 23 ekar ini.
Bezanya Maahad Tahfiz Al-Fateh ini berbanding pusat tahfiz yang lain;
➡️  Bukan sekadar hafal, tapi perlu faham ayat
➡️  Jadi, bila pulang ke kampung boleh beri tazkirah
➡️  Selain itu, ada juga disediakan tempat memanah
➡️   Aktiviti untuk belajar berkuda
➡️  Hujung minggu ada latihan renang, silat, memasak , dll
Harapannya, bila pelajar ini keluar. Mereka bukan setakat hafal Al-Quran. Tetapi mampu memberi manfaat pada masyarakat & kuat fizikal mental.

PELAN CADANGAN 3D PEMBINAAN BANGUNAN 3 TINGKAT

SIAPA YAYASAN IKHLAS?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Kasih Ramadan

Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

Sek. Agama Rakyat

Pembinaan Sekolah Agama Kg Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

Demi Surauku

Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti anak-anak asnaf, fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan yang terletak di Borneo.

BESAR PAHALANYA MEMBANTU ANAK-ANAK BELAJAR DI JALAN ALLAH

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.”

BANTUAN ANDA HARI INI IBARAT WAKAF UNTUK AKHIRAT KELAK.

Hanya 3 Langkah Mudah

Untuk Menyumbang Kepada Projek Pembinaan Bangunan 3 Tingkat Tahfiz Al-Fateh

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6235
Rujukan: Tahfiz Al-Fateh

©Projek Pembinaan Tahfiz Al-Fateh | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)