Walaupun cuma 90 km sahaja dari bandar Ipoh, perjalanannya tidak semudah atas highway.
Laluan keluar masuk yang sempit, curam dan berlumpur menambahkan kesukaran perjalanan.
Ditambah keadaan jalan yang bersimpang-siur, tanah runtuh dan haiwan liar yang terlalu banyak menyebabkan perjalanan ke sini menjadi bahaya.
Orang asli Islam di sini terpaksa memperjudikan nyawa setiap hari, hanya untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan hidup di pekan.
Nyawa Bergantung Di Hujung Kuku
Terpaksa lanyak kereta Axia hanya untuk sampaikan bantuan kepada orang asli 2-3 kali seminggu.
Terlalu banyak kerosakan setiap bulan akibat penggunaan kereta di tempat bukan yang sepatutnya.
Dengan keadaan jalan berlumpur, lereng bukit yang curam, ditambah dengan berat muatan barang bantuan, keselamatan sentiasa menjadi taruhan.
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.
Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.
Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.
©Sedekahsini Orang Asli | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)