80% Surau Sudah Reput,
Hanya Mampu Muat 20 Orang Jemaah

Ruangan terhad, kayu reput dan struktur tidak kukuh menjadikan surau ini amat memerlukan baik pulih segera

Mereka Perlukan Surau Yang Lebih Selesa

Selama 16 tahun, surau kecil ini menjadi tempat mereka bersujud, anak-anak belajar Al-Quran dan masyarakat Kampung Lumanggas berkumpul menghidupkan agama.

Di ruang inilah guru-guru Yayasan Ikhlas membimbing anak-anak kampung mengenal huruf Al-Quran. Namun hari ini, surau yang banyak berjasa ini semakin uzur dan tidak lagi mampu menampung keperluan mereka.

frame gambar lumanggas

Kenapa Surau Ini Begitu Penting Untuk Lumanggas?

Kampung Lumanggas  merupakan sebuah komuniti Muslim di Pulau Bait daerah Semporna, Sabah yang masih memerlukan ruang ibadah dan pendidikan agama yang lebih selesa. Lokasi mereka yang berada di pulau menyukarkan akses terhadap pendidikan formal dan pengajian Islam.

Bagi mereka, surau ini bukan sekadar bangunan. Ia adalah pusat yang menyatukan masyarakat dan menjadi pemangkin kepada kesuburan Islam di kampung ini.

Map Lumanggas 2
Populasi Semasa
0 +
Kapasiti surau
± 0

Namun, Surau Ini Tidak Lagi Mampu
Menampung Keperluan Mereka

Surau sedia ada tidak lagi selamat untuk digunakan oleh penduduk Kampung Lumanggas

3

Ruang Terlalu Sempit

Surau ini hanya mampu memuatkan sekitar 20 jemaah dalam satu masa.

2

Jemaah Terpaksa Berhimpit

Ruang kecil menyebabkan jemaah tidak selesa, terutama ketika solat berjemaah dan aktiviti agama.

6

Panas Tanpa Kipas

Keadaan dalam surau menjadi panas kerana ruang sempit dan tiada kemudahan kipas yang mencukupi.

4

Solat Jumaat Sukar Dilaksanakan

Ruang surau tidak mampu menampung 40 jemaah dengan selesa dalam satu masa.

 

1

Dibina Dari Bahan Terbuang

Sebahagian binaan surau menggunakan kayu kutipan, bahan kitar semula dan bahan terpakai.

9

Tiang Asas Semakin Reput

Tapak kayu dan tiang asas semakin uzur, menunggu masa untuk rebah jika tidak dibina semula.

Bayangkan Jika Surau Ini Siap Dibina

Surau ini bakal menjadi ruang yang lebih selesa untuk penduduk bersolat, anak-anak belajar Al-Quran dan masyarakat menghidupkan majlis ilmu bersama.

Dari sinilah Islam terus subur di Kampung Lumanggas, dan setiap kebaikan yang berlaku di dalamnya menjadi pahala jariah buat para penyumbang.

Barangsiapa yang membina masjid kerana Allah SWT walaupun sebesar sarang burung atau lebih kecil daripadanya, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga.

Bayangkan setiap kali mereka beribadah di surau yang anda bantu, pahala terus mengalir kepada anda!

Setiap Sumbangan Layak Mendapat
Pengecualian Cukai

Tabung Masjid acc bank

Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.

Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.

Logo Yayasan Ikhlas Mini Normal

©Sedekahsini Baik Pulih Surau Lumanggas | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)