Pernahkah kita berfikir tentang bagaimana kehidupan harian sebuah Komuniti Orang Asli di negara ini?
Bagaimana cara hidup mereka dari segi adat dan budaya serta apakah cabaran yang dilalui mereka dalam mendepani dunia luar pada hari ini?
Atas sebab dan persoalan ini, maka kami mahasiswa dari Murni International Kolej bersama Yayasan Ikhlas akan mengadakan Program Khidmat Masyarakat Komuniti Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Kuala Mu, Perak.
Program Khidmat Masyarakat Komuniti Orang Asli ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang prihatin terhadap anak-anak agama, bangsa dan pangkat.Program ini juga secara langsung mendekatkan jurang diantara masyarakat dengan mahasiswa selain dapat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari.
Mengeratkan jaringan komunikasi antara Komuniti Orang Asli dengan mahasiswa
Memberi peluang kepada mahasiswa untuk berinteraksi serta mengenali budaya dan cara kehidupan Komuniti Orang Asli.
Mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.
Menerapkan nilai sikap, etika dan profesionalisme dalam diri mahasiswa/i serta membentuk sikap kesukarelawan dan bekerjasama.
Mengasah softskil dan membina jati diri mahasiswa untuk berhadapan dengan cabaran mendatang.
Memupuk sikap peduli dan prihatin dalam kalangan mahasiswa
DANA DIPERLUKAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI
JOM BERSAMA KAMI HULURKAN SEDIKIT WANG RINGGIT ANDA UNTUK MANFAAT KOMUNITI ORANG ASLI KG KUALA MU
Kami adalah Pelajar Program Kejururawatan Kolej Antarabangsa Murni batch 35/2022.