Logo YI Horizontal White

Ramadan Bukan Bulan Nak Baca Quran, Bukan Bulan Nak Bersedekah Tapi

Bulan Kita Lipat Gandakan Bacaan Quran & Sedekah

Gandakan pahala selagi berpeluang & bernafas.

“Tadi Kami Dapat 3 Cupak Beras Daripada Jiran Untuk Makan Minggu ni Ustaz."

bkr1

Ini salah satu kisah benar daripada ratusan kisah yang terjadi di Sabah, daripada Pengurus Yayasan Ikhlas cawangan Semporna.

Kami pernah tanya kepada penduduk miskin & asnaf di Semporna, Sabah. Jika diberi pilihan sama ada beras atau ayam mana yang mereka mahu. 98% daripada mereka mahu beras.

Boleh katakan asnaf fakir & miskin di Semporna sangat susah nak dapatkan beras & sangat jarang makan ayam. Apatah lagi ayam masak merah atau kari ayam yang kita jamah sewaktu berbuka.

Bayangkan bagaimana keadaan mereka berbuka Ramadan kali ini.

Dan bayangkan bagaimana mereka menyambut Syawal nanti.

Hulurkan Kasih Kepada Anak Yatim & Asnaf Tempuhi Ramadan
Dalam

P1

Kasih Ramadan adalah inisiatif membantu anak yatim & asnaf di seluruh Malaysia yang kesusahan menempuhi bulan Ramadan.

Hasil sumbangan anda, kami berjaya membantu ribuan keluarga sepanjang Ramadan lepas. Terima kasih kepada anda & juga kepada syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan & persatuan mahasiswa yang turut menyumbang.

Kasih Ramadan merupakan penjenamaan baru projek Bakul Kasih Ramadan yang telah dijalankan sejak 2014 kini menjangkau tahun ke-9.

Ribuan Asnaf & Fakir Miskin Menerima Manfaat Setiap Tahun

photo 2023 03 16 16 51 37 e1678956753548

Rakan Kerjasama

Logo Kerjasama KR 1

Kasih Ramadan Fokus Kepada 3 Bantuan

Poster KR Pakej 1 2

1. Pek Ramadan

Pek Ramadan mengandungi barang keperluan harian & makanan bernilai RM100 yang akan diagihkan 1 keluarga 1 kotak.

Kotak Makanan ini mengandungi:
-Beras 5kg
-Bihun 400gm
-Minyak Masak 2kg
-Tepung Gandum 1kg
-Gula 1kg
-Kicap 325ml
-Sos Cili 340gm
-Kordial Berperisa 1L
-Kurma 500gm

Poster KR Pakej 2 2

2. Pek Sahur/Iftar

Pek Sahur/Iftar siap masak ini akan diagihkan kepada anak-anak yatim dan keluarga asnaf untuk berbuka & sahur.

Pek Sahur/Iftar ini dibahagikan kepada 2 iaitu:
-Pek Sahur/Iftar Harian= RM30 sekeluarga
-Pek Sahur/Iftar Sebulan= RM300 seorang anak yatim

Poster KR Pakej 3 2

3. Set Kelengkapan Raya

Kongsi kegembiraan Syawal dengan keluarga asnaf & anak yatim dengan Set Kelengkapan Raya.

Set Kelengkapan Raya bernilai RM200 ini mengandungi:
-Baju Melayu/ Kurung
-Kuih raya
-Duit raya

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti 1 butir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji.
Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.

SIAPA YAYASAN IKHLAS?

photo 2023 02 09 14 14 11

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

bps 2021

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

kasihramadan

Kasih Ramadan

Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

SAR

Sek. Agama Rakyat

Pembinaan Sekolah Agama di Kg Kilugus & Kg Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

demisurauku

Demi Surauku

Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti anak-anak asnaf, fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan yang terletak di Borneo.

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Menyumbang Kepada Kempen Kasih Ramadan

Group 18

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Group 17

Isikan Maklumat Anda

Group 16

Pilih Cara Pembayaran

MAYBANK ISLAMIC Logo

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: KASIH RAMADAN

Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk sms daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<

Logo Yayasan Ikhlas Mini Normal

©Sedekahsini Kasih Ramadan | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)