Rebut peluang di bulan Ramadan ini untuk menambah pahala dengan bersedekah.
Rata-rata orang miskin di Semporna yang kami tanya jika diberi pilihan, mahu beras atau ayam?
Jawapan mereka adalah 98% asnaf mahu beras.
Maka, kami boleh katakan bahawa asnaf fakir & miskin di Semporna, Sabah ini mungkin sangat jarang makan ayam.
Apatah lagi ayam masak merah. Ini adalah kisah biasa dan perkara harian yang dilalui oleh mereka.
Bayangkan bagaimana keadaan mereka untuk menyambut kehadiran Ramadan kali ini.
Ini adalah salah satu daripada ratusan kisah benar menyentuh hati yang diceritakan oleh Pengurus Yayasan Ikhlas di cawangan Semporna.
Kasih Ramadan adalah inisiatif Yayasan Ikhlas membantu anak yatim & asnaf di Malaysia yang kesusahan menempuhi bulan Ramadan.
Kasih Ramadan merupakan penjenamaan baru projek Bakul Kasih Ramadan yang telah dijalankan sejak 2014 kini menjangkau tahun ke-9.
Hasil sumbangan anda, kami berjaya membantu beribu keluarga sepanjang Ramadan lepas.
Terima kasih juga kepada syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan & persatuan mahasiswa yang turut menyumbang.
Kotak Makanan mengandungi barang keperluan harian bernilai RM100 untuk setiap kotak bagi setiap keluarga.
Barangan yang terdapat dalam setiap Kotak Makanan ini adalah:
Beras 5 Kg
Bihun 400gm
Minyak Masak 2 Kg
Tepung Gandum 1 Kg
Gula 1 Kg
Kicap 325 ml
Sos Cili 340 gm
Kordial Berperisa 1L
Kurma 500gm
Pek Iftar & Sahur siap masak ini akan diagihkan kepada anak-anak yatim dan keluarga asnaf untuk berbuka & sahur.
Pek Iftar & Sahur ini dibahagikan kepada 2 iaitu:
Sama-sama kita berkongsi kegembiraan Syawal dengan keluarga asnaf & anak yatim dengan Set Kelengkapan Raya.
Set Kelengkapan Raya bernilai RM200 ini mengandungi:
Dalam keadaan kita bersenang-senang kita harus sedar, ramai lagi Muslim di luar sana yang kais pagi makan pagi, kais petang makan malam.
Marilah kita bersama-sama membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Kepada Program Kasih Ramadan
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran
Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: KASIHRAMADAN
Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk sms daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<
©Sedekahsini Kasih Ramadan | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)