Bantu Mereka Yang Terpinggir Di Pedalaman & Kepulauan Sabah
Kehadiran Ramadan & Syawal disambut meriah setiap tahun. Namun tidak bagi mereka di kawasan pedalaman & kepulauan Sabah.
Majoriti penduduk di sini tidak pernah menyambut Ramadan semeriah kita, apatah lagi Hari Raya Aidilfitri.
Bagi mereka, suasana puasa dengan hari biasa sama sahaja. Mereka hanya mampu bersahur & berbuka dengan air kelapa & telur sahaja hampir setiap hari.
Aidilfitri pula, jangan katakan baju raya baru, kuih raya pun susah mereka nak rasa walaupun setahun sekali.
Sempena Ramadan yang mulia & Syawal yang bakal menjelang tiba, kami di Yayasan Ikhlas mahukan mereka di kawasan pedalaman & kepulauan Sabah ini merasai nikmat Ramadan & Syawal sebenar walaupun sekali seumur hidup.
Kami ingin berikan mereka pengalaman berbuka juadah yang sedap-sedap, sambut raya dengan baju raya baru untuk seluruh keluarga, makan aneka kuih raya & duit raya di Aidilfitri.
Kita mungkin merasa tiap-tiap tahun, tapi bagi mereka kenangan ini akan terpahat menjadi memori terbaik mereka.
Pek Ramadan mengandungi barang keperluan harian & makanan bernilai RM100 yang akan diagihkan 1 keluarga 1 kotak.
Pek Sahur/Iftar siap masak ini akan diagihkan kepada anak-anak yatim dan keluarga asnaf untuk berbuka & sahur.
Kongsi kegembiraan Syawal dengan keluarga asnaf & anak yatim dengan Set Kelengkapan Raya.
Edaran Pek Kasih Ramadan Bersama Fizi Ali.
Antara kawasan-kawasan yang akan dibantu sempena kempen Kasih Ramadan ini ialah:
Suasana pengagihan pek Kasih Ramadan & baju raya.
Setiap tahun, kempen Kasih Ramadan telah membantu dan menyalurkan sumbangan kepada ribuan penerima manfaat seluruh Malaysia.
Semua sumbangan anda disalurkan terus kepada asnaf & fakir miskin,yang turut dibantu bersama rakan kerjasama & rakan penaja kami.
Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti 1 butir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji.
Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.Al-Baqarah: 261
Anda juga boleh membuat bayaran fidyah di bawah sekiranya anda tergolong dalam golongan yang wajib membayar fidyah. Cuma serendah RM4 sahaja sehari.
©Sedekahsini Kasih Ramadan | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)