Jenazah Perlu Dihantar,
Tapi Van Tiada

Bantu sediakan van jenazah agar urusan terakhir ahli kariah dapat disempurnakan dengan lebih mudah, cepat dan teratur.

Bukan Semua Masjid Ada Van Jenazah

Di sebalik satu kematian, ada urusan fardu kifayah yang perlu disempurnakan dengan segera, tertib dan penuh hormat. Kita mungkin biasa melihat van jenazah tersedia di masjid berhampiran rumah dan siap untuk digunakan apabila berlaku kematian.

Tetapi realitinya, masih ada surau dan masjid yang terpaksa bergantung kepada van daripada pihak lain untuk menguruskan jenazah. Malah lebih menyedihkan apabila keadaan ini menyebabkan jenazah lambat diuruskan.

Van Jenazah section detail
infak van jenazah

Van Untuk Surau Muttaqin

Infak van jenazah merupakan sebuah kempen sedekah oleh Yayasan Ikhlas untuk membantu surau dan masjid yang memerlukan van jenazah.

Surau terpilih kali ini adalah Surau Muttaqin. Biro Khairat Kematian Surau Al-Muttaqin, Taman Desa Mas telah ditubuhkan sejak tahun 2014.

Selama bertahun-tahun, pihak surau telah membantu menguruskan hal ehwal kematian penduduk sekitar Taman Desa Mas, Taman Puteri Heights dan Pangsa Puri Desa Mas.

Kawasan
0
Ahli Khairat
0

3 Sebab Mereka Terdesak
Untuk Mendapatkan Van Jenazah Milik Surau

infak van jenazah

Van Jenazah Sudah Uzur

Kondisi van yang sudah berusia 16 tahun mengalami pelbagai kerosakan. Selain itu, kos servis yang tinggi ditanggung oleh surau.

infak van jenazah

Jumlah Kariah Ramai

Kariah Taman Desa Mas menampung lebih 1000 anak kariah dengan meliputi 3 kawasan di sekitar surau.

infak van jenazah

Elak Sewa & Pinjam

Pihak surau terpaksa menggunakan khidmat van pihak ketiga untuk pengurusan jenazah di luar lembah klang.

"Ralat tidak dapat uruskan jenazah kawan"

Bagi Hajah Nor Azizah, Bendahari Khairat Kematian Surau Al-Muttaqin Taman Desa Mas, pengalaman menguruskan pemergian seorang sahabat yang juga anak kariah meninggalkan kesan yang mendalam.

Hasratnya cuma satu, mahu memberikan pengurusan jenazah yang terbaik sehingga selesai. Namun keadaan van jenazah sedia ada tidak mengizinkan perjalanan jauh ke utara tanah air.

Pada saat keluarga sedang berduka, kekangan sebuah van akhirnya menjadi satu lagi perkara yang perlu mereka fikirkan.

Sejak hari itu, Hajah Nor Azizah berharap agar perkara sama tidak lagi berulang kepada keluarga lain di kariah mereka.

VAN JENAZAH MOCKUP

Mengapa Anda Perlu Berinfak Bersama Kami?

  • Pahala Jariah Tanpa Putus

    Setiap pusingan roda van ini membawa jenazah ke liang lahad, pahalanya mengalir kepada anda

  • Pelepasan Cukai (LHDN)

    Sumbangan melalui Yayasan Ikhlas layak mendapat resit pelepasan cukai (Sila simpan bukti pembayaran)

  • Laporan Telus

    Kami komited memberikan kemas kini berkala mengenai status kutipan dan pembelian van melalui platform Yayasan Ikhlas

Hasil Sumbangan Anda

Surau Muhibbah, Taman Muhibbah Kajang menjadi penerima pertama sumbangan van jenazah hasil bersama kempen Infak Van Jenazah dan kutipan derma surau.

Hasil daripada sumbangan ini telah memanfaatkan lebih 4000 ahli kariah dan para waris dari Hospital Kajang yang memerlukan khidmat van jenazah.

  • Quick Facts

    Selepas 10 tahun, usaha kariah dan para penderma, kita berjaya mendapatkan sebuah van jenazah untuk kegunaan kariah.

Poster Van Jenazah 1

Pertanyaan Lanjut: Encik Shahrul Nazir (Yayasan Ikhlas)
Klik sini untuk Whatsapp

Sumbangan ini juga akan membantu pembelian van jenazah bagi masjid-masjid lain.

Seperti Yang Dipaparkan Dalam berita

Siapa Yayasan Ikhlas

photo 2023 02 09 14 14 11

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Setiap Sumbangan Layak Mendapat
Pengecualian Cukai

cimb van jenazah

Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.

Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.

Logo Yayasan Ikhlas Mini Normal

©Sedekahsini Infak Van Jenazah | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)