Surau Muhibbah bukan sahaja menguruskan kariah setempat (400+ ahli), malah turut membantu jenazah luar kariah, warga asing, dan jenazah tanpa waris.
Selama ini, mereka bergantung sepenuhnya kepada van milik individu. Hal ini menyukarkan pengurusan jika pemilik mempunyai kecemasan atau kenderaan rosak.
Pernah berlaku situasi di mana terdapat lebih dari satu kematian pada waktu yang sama, menyebabkan urusan pengebumian tertangguh kerana ketiadaan kenderaan.
Setiap pusingan roda van ini membawa jenazah ke liang lahad, pahalanya mengalir kepada anda
Sumbangan melalui Yayasan Ikhlas layak mendapat resit pelepasan cukai (Sila simpan bukti pembayaran)
Kami komited memberikan kemas kini berkala mengenai status kutipan dan pembelian van melalui platform Yayasan Ikhlas
Unit Pengurusan Jenazah Surau Muhibbah aktif sejak 2017 dengan pasukan Muslimin dan Muslimat yang terlatih
Mereka turut melibatkan pelajar tahfiz dan anak muda kariah dalam proses pengurusan jenazah bagi melahirkan generasi pelapis
Pertanyaan Lanjut: Encik Shahrul Nazir (Yayasan Ikhlas)
Klik sini untuk Whatsapp
Sumbangan ini juga akan membantu pembelian van jenazah bagi masjid-masjid lain.
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.
Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.
Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.
©Sedekahsini Infak Van Jenazah | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)