SEMPURNAKAN PERJALANAN TERAKHIR MEREKA.

Infak Van Jenazah: Bekalan Akhirat Yang Terus Mengalir.

Van jenazah bukan sekadar kenderaan. Ia membawa amanah, maruah dan khidmat terakhir buat mereka yang telah pergi. Jadilah sebahagian daripada pahala berterusan ini.

3 Sebab Mereka Terdesak
Untuk Mendapatkan Van Jenazah Milik Surau

photo 2026 02 25 09 30 54
Kekerapan Penggunaan Tinggi

Surau yang dibantu bukan sahaja menguruskan kariah setempat, malah turut membantu jenazah luar kariah, warga asing, dan jenazah tanpa waris.

van jenazahhh
Kekangan Kenderaan Persendirian

Selama ini, mereka bergantung sepenuhnya kepada van milik persendirian atau terpaksa meminjam dari ahli kariah untuk menguruskan jenazah.

photo 2026 02 25 09 31 05
Pertindihan
Kes Jenazah

Pernah berlaku situasi di mana terdapat lebih dari satu kematian pada waktu yang sama, menyebabkan urusan pengebumian tertangguh kerana ketiadaan kenderaan.

VAN JENAZAH MOCKUP

Mengapa Anda Perlu Berinfak Bersama Kami?

  • Pahala Jariah Tanpa Putus

    Setiap pusingan roda van ini membawa jenazah ke liang lahad, pahalanya mengalir kepada anda

  • Pelepasan Cukai (LHDN)

    Sumbangan melalui Yayasan Ikhlas layak mendapat resit pelepasan cukai (Sila simpan bukti pembayaran)

  • Laporan Telus

    Kami komited memberikan kemas kini berkala mengenai status kutipan dan pembelian van melalui platform Yayasan Ikhlas

Hasil Sumbangan Anda

Infak Van Jenazah Surau Muhibbah e1778056434191

Surau Muhibbah, Taman Muhibbah Kajang menjadi penerima pertama sumbangan van jenazah hasil bersama kempen Infak Van Jenazah dan kutipan derma surau.

Hasil daripada sumbangan ini telah memanfaatkan lebih 4000 ahli kariah dan para waris dari Hospital Kajang yang memerlukan khidmat van jenazah.

  • Quick Facts

    Unit Pengurusan Jenazah Surau Muhibbah aktif sejak 2017 dengan pasukan Muslimin dan Muslimat yang terlatih

  • Pendidikan Fardu Kifayah

    Mereka turut melibatkan pelajar tahfiz dan anak muda kariah dalam proses pengurusan jenazah bagi melahirkan generasi pelapis

Poster Van Jenazah 1

Pertanyaan Lanjut: Encik Shahrul Nazir (Yayasan Ikhlas)
Klik sini untuk Whatsapp

Sumbangan ini juga akan membantu pembelian van jenazah bagi masjid-masjid lain.

Siapa Yayasan Ikhlas

photo 2023 02 09 14 14 11

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Setiap Sumbangan Layak Mendapat
Pengecualian Cukai

cimb van jenazah

Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.

Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.

Logo Yayasan Ikhlas Mini Normal

©Sedekahsini Infak Van Jenazah | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)