SEMPURNAKAN PERJALANAN TERAKHIR MEREKA.

Infak Van Jenazah: Bekalan Akhirat Yang Terus Mengalir.

Sejak 2017, Surau Muhibbah, Kajang telah menguruskan lebih 500 jenazah dengan kenderaan peribadi. Kini, kami perlukan sokongan anda untuk mereka miliki Van Jenazah rasmi bagi melancarkan urusan fardu kifayah masyarakat.

3 Sebab Mereka Terdesak
Untuk Mendapatkan Van Jenazah Milik Surau

photo 2026 02 25 09 30 54
Kekerapan Penggunaan Tinggi

Surau Muhibbah bukan sahaja menguruskan kariah setempat (400+ ahli), malah turut membantu jenazah luar kariah, warga asing, dan jenazah tanpa waris.

van jenazahhh
Kekangan Kenderaan Persendirian

Selama ini, mereka bergantung sepenuhnya kepada van milik individu. Hal ini menyukarkan pengurusan jika pemilik mempunyai kecemasan atau kenderaan rosak.

photo 2026 02 25 09 31 05
Pertindihan
Kes Jenazah

Pernah berlaku situasi di mana terdapat lebih dari satu kematian pada waktu yang sama, menyebabkan urusan pengebumian tertangguh kerana ketiadaan kenderaan.

Dana Sasaran:
RM0 / RM170,000 Terkumpul
0%
VAN JENAZAH MOCKUP

Mengapa Anda Perlu Berinfak Bersama Kami?

  • Pahala Jariah Tanpa Putus

    Setiap pusingan roda van ini membawa jenazah ke liang lahad, pahalanya mengalir kepada anda

  • Pelepasan Cukai (LHDN)

    Sumbangan melalui Yayasan Ikhlas layak mendapat resit pelepasan cukai (Sila simpan bukti pembayaran)

  • Laporan Telus

    Kami komited memberikan kemas kini berkala mengenai status kutipan dan pembelian van melalui platform Yayasan Ikhlas

  • Quick Facts

    Unit Pengurusan Jenazah Surau Muhibbah aktif sejak 2017 dengan pasukan Muslimin dan Muslimat yang terlatih

  • Pendidikan Fardu Kifayah

    Mereka turut melibatkan pelajar tahfiz dan anak muda kariah dalam proses pengurusan jenazah bagi melahirkan generasi pelapis

Poster Van Jenazah 1

Pertanyaan Lanjut: Encik Shahrul Nazir (Yayasan Ikhlas)
Klik sini untuk Whatsapp

Sumbangan ini juga akan membantu pembelian van jenazah bagi masjid-masjid lain.

SURAU MUHIBBAH, KAJANG

384497146 332756972649206 6374241969204655120 n

Surau Muhibbah, Taman Muhibbah, Kajang adalah sebuah surau yang berdaftar di bawah Pejabat Agama Islam Hulu Langat (JAI.Sel.BPM/01/034/246).

Surau Muhibbah juga merupakan panel bagi Hospital Kajang, yang membantu menguruskan jenazah bermula dari memandikan jenazah, mengkafankan jenazah sehingga ke tanah perkuburan.

Surau ini bukan sahaja menguruskan jenazah di kariah mereka sahaja, tetapi turut menguruskan jenazah dari Hospital Kajang. Pada tahun 2025, mereka telah menguruskan lebih 80 jenazah termasuk jenazah luar negara dan jenazah yang tidak dituntut.

Setiap Sumbangan Layak Mendapat
Pengecualian Cukai

5628 3463 6235 3

Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.

Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.

Logo Yayasan Ikhlas Mini Normal

©Sedekahsini Infak Van Jenazah | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)

Add Your Heading Text Here