Tinggalkan keselesaan semata-mata untuk didik anak bangsa di pulau terpencil di Sabah
Setiap minggu, mereka naik sampan kecil meredah laut bergelora. Bila cuaca buruk, nyawa sentiasa jadi taruhan.
Mereka tinggalkan semua keselesaan dan menetap di pulau asing demi memastikan anak-anak di pulau tidak tercicir.
Di pulau, air bersih dan elektrik memang tiada. Mandi guna air hujan, minum pula dari bekalan yang dibawa dari darat. Kelas cuma dari dinding papan, beratapkan zink.
Mee segera dah jadi menu wajib harian. Tiada lauk segar, tiada kemewahan.
Kalau guru ini berhenti, anak-anak pulau akan terus tercicir. Tiada siapa sanggup ganti tempat mereka redah laut, tinggal jauh, ajar dalam kekurangan.Â
Kita bukan sekadar hilang guru, tapi harapan terakhir anak-anak ini. Bila tak ada pendidikan, mereka akan terus terperangkap dalam kemiskinan dan kejahilan.
Tiada guru sepatutnya dibiarkan mengajar dalam ketakutan, kepanasan dan kelaparan. Tak patut mereka tanggung semua ini sendirian.
Kempen ini bertujuan membekalkan keperluan asas guru seperti makanan, alat mengajar, perlindungan keselamatan dan sokongan moral.
Bila guru kuat dan cukup keperluan, mereka akan terus datang mengajar. Bila rasa dihargai, mereka tak akan putus asa . Dan andalah sebab semua ini boleh berlaku.
Yayasan Ikhlas mensasarkan dana sebanyak RM300,000 setahun bagi membiayai keperluan guru-guru yang dihantar mengajar di kawasan pulau pedalaman. Mereka berkorban tinggal jauh dari keluarga demi mendidik anak-anak yang selama ini terpinggir. Sumbangan anda, jadi penyambung harapan untuk masa depan mereka.
Membantu kepada pelbagai aspek untuk kelangsungan pendidikan dan proses pengajaran di pedalaman
Sumbangan Anda Hari Ini Akan:
Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.
Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.
©Sedekahsini Guru Pedalaman | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)