RAMADAN TUNGGU
AKU

Persiapkan diri bagi menyambut tetamu istimewa yang dirindui

BIASAKAN DIRI DENGAN SUNNAH SETIAP HARI

مَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ السَّعَادَةِ، فَسَيَصِيرُ إِلَى عَمَلِ أَهْلِ السَّعَادَةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ، فَسَيَصِيرُ إِلَى عَمَلِ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ، فَقَالَ: اعْمَلُوا فَكُلٌّ مُيَسَّرٌ، أَمَّا أَهْلُ السَّعَادَةِ فَيُيَسَّرُونَ لِعَمَلِ أَهْلِ السَّعَادَةِ، وَأَمَّا أَهْلُ الشَّقَاوَةِ فَيُيَسَّرُونَ لِعَمَلِ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ

Maksudnya: “Sesiapa dalam kalangan orang yang bahagia(ahli syurga), maka dia akan beramal dengan amalan orang yang bahagia(ahli syurga). Adapun, sekiranya dia daripada kalangan orang yang derita(ahli neraka), maka dia akan beramal dengan amalan orang yang derita(ahli neraka). Sabda Nabi SAW lagi: “Beramallah dan setiap orang itu akan dipermudahkan (oleh Allah SWT). Adapun orang yang bahagia akan dipermudahkan dalam beramal dengan amalan orang yang bahagia. Manakala orang yang derita akan dipermudahkan dalam beramal dengan amalan orang yang derita”. 

Riwayat Muslim (2647)

E-BOOK PERCUMA UNTUK FOLLOWERS YAYASAN IKHLAS

Untuk followers Yayasan Ikhlas yang budiman, kami sediakan 2 ebook khas tulisan Sahibus Samahah Dato’ Haji Zamri Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak untuk anda yang banyak menyokong dan menjayakan pelaksanaan projek-projek Yayasan Ikhlas:

  1. 20 HADIS MENUJU KE SYURGA
  • 20 hadis berkenaan amalan-amalan sunnah untuk menuju ke Syurga

2. 10 HADIS TIDAK AKAN MASUK SYURGA

  • Himpunan hadis tentang amalan yang boleh membuatkan seseorang itu tidak masuk Syurga

Siapa Yang Wajib Dapatkan Ebook

DATO' HAJI ZAMRI BIN HASHIM

Sahibus Samahah Dato’ Haji Zamri Bin Hashim berasal daripada Bagan Datoh, Perak merupakan Timbalan Mufti Negeri Perak dan Duta Yayasan Ikhlas.

Beliau bergiat aktif dalam kegiatan dakwah bersama masyarakat dan secara maya.

SS Dato’ Haji Zamri juga aktif menyampaikan perkongsian setiap pagi dalam slot Mudarah Kitab ar-Risalah al-Jamiah di Facebook dan Youtube beliau.

Sesungguhnya seseorang itu boleh terhalang dari rezeki disebabkan dosa yang dilakukannya. Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali doa.

Isi butiran di bawah, kemudian anda akan dibawa ke ruangan lain untuk muat turun e-Book secara percuma.

Siapa Yayasan Ikhlas?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Kasih
Ramadan

Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

Sek. Agama Rakyat

Pembinaan Sekolah Agama di Kg Kilugus & Kg Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

Demi
Surauku

Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti anak-anak asnaf, fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan yang terletak di Borneo.

Persiapan Ramadan 2024

Muat turun 2 ebook PERCUMA sekarang!

©Ebook Ramadan | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)