Lebih 50 Tahun Tiada Masjid Di Kampung Long Pasia
PERIT TAPI BENAR. Orang Islam di pedalaman Sabah khususnya di Kampung Long Pasia tidak pernah rasa pengalaman solat berjemaah di masjid.
Kampungnya cantik tapi disebabkan terlalu jauh ke pedalaman, maka sukar untuk diakses kenderaan biasa.
Pekan ini sangat terpinggir, jaraknya kira-kira 300 km daripada Kota Kinabalu dan terletak di sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.
Jadi kos logistik untuk membina masjid di sana tersangatlah tinggi.
Bayangkan, perjalanan dari pekan terdekat, Sipitang ke Long Pasia mengambil masa 4 jam menaiki kereta pacuan 4 roda (4X4).
Mereka terpaksa mengharungi sungai dan jalan lubang berlumpur yang sangat teruk & licin berselut, lebih-lebih lagi di musim hujan.
Perkampungan mualaf yang cantik di pedalaman daerah Sipitang, tapi masih tiada masjid walaupun lebih 50 tahun kampung diwujudkan.
Muslim di sini terdiri daripada penduduk kampung, guru sekolah & tentera terpaksa menjadikan pos kawalan yang lama sebagai tempat berkumpul.
Perkampungan mualaf di atas bukit yang turut menempatkan pelajar-pelajar tahfiz. Malangnya, mereka tiada tempat yang sesuai untuk belajar & menghafal dengan selesa.
Masjid beserta Pusat Komuniti yang mampu memuatkan 100 orang dengan kerjasama Majlis Dakwah Negara (MDN) Sabah.
Surau yang mampu memuatkan 100 orang dengan kerjasama Majlis Dakwah Negara (MDN) Sabah.
Senarai Masjid dan Surau yang terlibat:
Kos ini demi memastikan masjid yang di bina lengkap dengan segala keperluan asas dan kemudahan.
Faktor tempat yang terlalu dalam & terlalu tinggi yang hanya boleh dilalui oleh pacuan 4 roda, menyebabkan kos logistik dan pengangkutan menjadi semakin mahal, sehingga 2 kali ganda!
Jadi, kami memohon supaya kita sama-sama dapat membantu saudara Muslim kita di sana beribadah dengan selesa seperti kita.
Pembinaan masjid untuk 100 orang lengkap dengan 4 buah tandas, bilik imam, bilik audio, audio sistem masjid.
Pembinaan dewan komuniti, pusat sumber dan beberapa bilik penginapan.
Pembinaan gerbang Balai Islam Long Pasia
*Target Hari Raya Aidiladha 2024 : Serahan projek kepada JHEAINS Sipitang disaksikan Mufti Kerajaan Sabah.
Lakaran reka bentuk masjid di Long Pasia yang memuatkan 100 orang dalam satu masa
Perkampungan mualaf di atas bukit yang turut menempatkan pelajar-pelajar tahfiz. Malangnya, mereka tiada tempat yang sesuai untuk belajar & menghafal dengan selesa.
Masjid / surau yang terdekat amat jauh untuk mereka pergi bagi menghadirI solat dan kelas agama.
Kawasan rumah Panjang di Kapit. Terdapat beberapa keluarga muslim, dan tanah telah diwakafkan oleh penduduk untuk pembinaan surau.
Keadaan surau berada dalam keadaan sangat dhaif. Jemaah kampung terpaksa ke kampung sebelah yang mengambil masa perjalanan selama 45 minit.
Kawasan pedalaman di tepi laut yang sudah berada dalam keadaan reput. Menanti jatuh ke tanah.
Sebuah masjid yang berada dalam keadaan dhaif terutamanya dari sudut struktur dinding, pendawaian dan lantai.
Masjid ini terbakar dan sedang dalam usaha untuk dibaik pulih dengan menyediakan kemudahankemudahan dalam masjid.
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Setiap sumbangan yang anda lakukan bersama Yayasan ikhlas layak mendapat Pengecualian Cukai LHDN.
Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Kepada Program Demi Surauku
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran
Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: DEMISURAUKU
Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk sms daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<
©Sedekahsini Demi Surauku | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)