
BINA RUMAH ALLAH DI DUNIA,
ALLAH BINA RUMAH KITA DI SYURGA
Lebih 50 Tahun Tiada Masjid Di Kampung Long Pasia
LONG PASIA - CANTIK TAPI TIDAK BERISI
PERIT TAPI BENAR. Orang Islam di pedalaman Sabah khususnya di Kampung Long Pasia tidak pernah rasa pengalaman solat berjemaah di masjid.
Kampungnya cantik tapi disebabkan terlalu jauh ke pedalaman, maka sukar untuk diakses kenderaan biasa.
Pekan ini sangat terpinggir, jaraknya kira-kira 300 km daripada Kota Kinabalu dan terletak di sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.
Jadi kos logistik untuk membina masjid di sana tersangatlah tinggi.
Bayangkan, perjalanan dari pekan terdekat, Sipitang ke Long Pasia mengambil masa 4 jam menaiki kereta pacuan 4 roda (4X4).
Mereka terpaksa mengharungi sungai dan jalan lubang berlumpur yang sangat teruk & licin berselut, lebih-lebih lagi di musim hujan.
OBJEKTIF UTAMA PEMILIHAN
DI LONG PASIA
- Membina sebuah masjid di kawasan pedalaman Long Pasia untuk kegunaan mualaf dan tentera.
- Menjadi mercu tanda laluan Nusantara pada tahun 2024.
- Memenuhi permintaan Mufti Kerajaan Sabah.
KENAPA BINA MASJID
DI LONG PASIA
- Muslim di sini tidak pernah berpeluang ke masjid atau surau, walaupun kampung sudah wujud lebih 50 tahun.
- Mereka tidak pernah sertai aktiviti masjid seperti solat Jumaat, solat terawih, solat sunat Aidilfitri & Aidiladha.
- Tidak pernah menjalankan aktiviti korban walaupun sekali.
- Tiada tempat belajar agama dengan para asatizah.
Yayasan Ikhlas bersama Majlis Dakwah Negara (MDN) menganjurkan program khas

Fokus kami untuk membantu masyarakat Muslim di pedalaman Sabah merasai pengalaman solat berjemaah & beraktiviti di masjid mereka sendiri.
LOKASI MASJID AKAN DIBINA

Kampung Long Pasia, Sipitang, Sabah
Perkampungan mualaf yang cantik di pedalaman daerah Sipitang, tapi masih tiada masjid walaupun lebih 50 tahun kampung diwujudkan.
Muslim di sini terdiri daripada penduduk kampung, guru sekolah & tentera terpaksa menjadikan pos kawalan yang lama sebagai tempat berkumpul.

Kampung Sosondoton, Ranau, Sabah
Perkampungan mualaf di atas bukit yang turut menempatkan pelajar-pelajar tahfiz. Malangnya, mereka tiada tempat yang sesuai untuk belajar & menghafal dengan selesa.
DANA SEBANYAK RM 2.5 JUTA DIPERLUKAN
dan Pusat Komuniti
Masjid beserta Pusat Komuniti yang mampu memuatkan 100 orang dengan kerjasama Majlis Dakwah Negara (MDN) Sabah.
Ulum, Ranau
Surau yang mampu memuatkan 100 orang dengan kerjasama Majlis Dakwah Negara (MDN) Sabah.
Surau Dan Masjid
- Kg. Baru Rantau Panjang, Sibu, Sarawak.
- Kg. Selamat, Semporna, Sabah.
- Surau Taming Jaya, Balakong, Selangor.
- Kg. Singai, Bau, Sarawak.
Kos ini demi memastikan masjid yang di bina lengkap dengan segala keperluan asas dan kemudahan.
Faktor tempat yang terlalu dalam & terlalu tinggi yang hanya boleh dilalui oleh pacuan 4 roda, menyebabkan kos logistik dan pengangkutan menjadi semakin mahal, sehingga 2 kali ganda!
Jadi, kami memohon supaya kita sama-sama dapat membantu saudara Muslim kita di sana beribadah dengan selesa seperti kita.
FASA PEMBINAAN MASJID LONG PASIA
Pembinaan masjid untuk 100 orang lengkap dengan 4 buah tandas, bilik imam, bilik audio, audio sistem masjid.
Pembinaan dewan komuniti, pusat sumber dan beberapa bilik penginapan.
Pembinaan gerbang Balai Islam Long Pasia
*Target Hari Raya Aidiladha 2024 : Serahan projek kepada JHEAINS Sipitang disaksikan Mufti Kerajaan Sabah.


SURAT SOKONGAN PEJABAT MUFTI PEMBINAAN MASJID LONG PASIA

LAKARAN PEMBINAAN MASJID LONG PASIA


Lakaran reka bentuk masjid di Long Pasia yang memuatkan 100 orang dalam satu masa
MASJID & SURAU LAIN YANG BAKAL DIBINA DAN DIBAIK PULIH
Kampung Sosondoton, Ranau, Sabah
Kampung Baru Rantau Panjang, Sibu
Kampung Selamat, Semporna
Surau Taming Jaya, Selangor
Kampung Singai, Bau, Sarawak
SIAPA YAYASAN IKHLAS?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Setiap sumbangan yang anda lakukan bersama Yayasan ikhlas layak mendapat Pengecualian Cukai LHDN.
Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Bantu Pesakit Sihat
Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Kasih
Ramadan
Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

Sek. Agama Rakyat
Pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Kg Kilugus & Kg Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

Demi
Surauku
Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti anak-anak asnaf, fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan yang terletak di Borneo.
Siapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga.
Daripada Jabir Bin Abdullah
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Kepada Program Demi Surauku

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: DEMISURAUKU
Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk sms daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<

©Sedekahsini Demi Surauku | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)