Logo Yayasan Ikhlas Mini White 1

Tak tergamak melihat nenek 96 tahun, menderita sakit otot.

Terpaksa dipapah cucu sepanjang hari untuk bergerak. Makin parah penglihatan nenek juga sudah tiada.

Nenek ini berusia 96 tahun. Rumah yang beliau duduki turut dikongsi oleh anak dan menantu serta cucu beliau. Mereka semua tidur di atas lantai yang keras dan lebih menginsafkan kami rumah kecil ini tiada bilik. Disitulah tempat bermain, tempat memasak dan makan. Disitulah jua tempat tidur. Ketika kami tiba, rumah ini bergoyang dan tidak kukuh. Pasti sangat tidak selamat buat penghuninya.

Copy of KEMPEN RAMADAN BPS 8 e1649229079873

Nenek telah mengalami kekejangan otot sehingga menyebabkan kesukaran untuk beliau bergerak dan melakukan aktiviti harian apatah lagi beliau telah kehilangan penglihatan. Alhamdulillah anak dan cucu beliau sangat membantu selain jiran-jiran yang prihatin dengan keadaan nenek.

Projek Bantu Pesakit Sihat (BPS) ini merupakan salah satu daripada projek inisiatif berunsur kebajikan yang dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas dengan kerjasama pihak hospital bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat para pesakit yang kurang bernasib baik dalam menjalani proses rawatan yang memerlukan alat-alat tertentu dengan kos yang agak tinggi dan di luar kemampuan pesakit.

"MERANA MENANGGUNG SAKIT KERANA TIDAK MEMILIKI ALAT BANTUAN PERUBATAN"

photo 2020 09 04 17 40 22

Begitu ramai pesakit yang telah menerima rawatan di hospital tetapi setibanya dirumah, mereka sukar menjalani kehidupan seperti biasa kerana tidak memiliki alat bantuan perubatan.

photo 2021 03 10 15 22 36
Bagi projek ini, kami bekerjasama secara langsung dengan Jabatan Kerja Sosial Hospital bagi mendapatkan senarai nama pesakit yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.
photo1633591865

Kos alatan yang tinggi dan faktor kemiskinan menyebabkan ramai dikalangan pesakit ini tidak mampu dan hanya berharap bantuan keluarga untuk membantu setiap pergerakan mereka.

20210803 133557

BANTUAN DANA DIPERLUKAN UNTUK MENAMBAH KECERIAN DI HATI MEREKA

Alhamdulillah, sejak awal tahun ini sehingga kini lebih 105,630 penerima manfaat yang telah kami salurkan bantuan hasil sumbangan ikhlas anda semua.

Untitled 1 Recovered Recovered

Ayuh tuan puan,kita sama-sama menyumbang untuk ringankan beban pesakit-pesakit ini dengan membantu mereka miliki alat bantuan yang diperlukan.

Bagaimana sumbangan ini akan digunakan?

Yayasan Ikhlas melalui Bantu Pesakit Sihat akan menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang memerlukan:

TIADA YANG JATUH MISKIN KERANA BERSEDEKAH!!

Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”

SIAPA YAYASAN IKHLAS?

Logo Yayasan Ikhlas Mini

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang  sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

bps 2021

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

alhuda

Kasih Ramadan

Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

SAR

Sekolah Agama Rakyat

Projek pembinaan Sekolah Agama di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 420 orang murid dan 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

demisurauku

Demi Surauku

Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti yang berada di Sabah dan Selangor.

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Menyumbang Kepada Bantu Pesakit Sihat

Group 18

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Group 17

Isikan Maklumat Anda

Group 16

Pilih Cara Pembayaran

MAYBANK ISLAMIC Logo

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: BPS

Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk sms daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<

Logo Yayasan Ikhlas Mini Normal

©Bantu Pesakit Sihat | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)