Umur 23 Tahun Tapi
Berat Bawah 10kg!

Menghidap Simptom 9 Penyakit Berbahaya, Hafiz Semakin Mengecil!

Jatuh Tangga, Hidup Terhenti
Sejak Umur 12 Tahun

gif hafiz

Insiden jatuh tangga waktu kecil telah mengubah hidup Hafiz selamanya. Selepas itu, doktor sahkan pelbagai komplikasi kesihatan

Tulangnya rapuh. Badannya mengecil. Beratnya terus susut ke bawah 10kg.

“Kalau orang biasa angkat dia pun, tulang boleh patah…” Safian, abang Hafiz

Didiagnos Dengan 9 Penyakit Kritikal

Selepas jatuh tangga ketika usia 12 tahun, Hafiz mula menunjukkan simptom luar biasa.

Sejak itu, doktor mengesahkan Hafiz menghidapi 9 penyakit kronik yang menyerang saraf, tulang dan organ penting.

🩺 Interstitial lung disease

Sakit paru-paru

🩺 Fanconi syndrome

Kecacatan pada buah pinggang

🩺 Renal tubular acidosis

Buah pinggang gagal kawal asid – tulang & badan makin lemah.

🩺 Renal wasting

Buah pinggang bocor – zat penting keluar dari air kencing & badan makin lemah.

🩺 Delayed puberty secondary to chronic illness

Lambat baligh sebab penyakit kronik.

🩺 Severe growth failure & malnutrition

Berat badan tak naik, badan makin susut sebab kurang zat & penyakit kronik

🩺 Osteoporosis/ Osteomalacia

Tulang rapuh – mudah patah walau disentuh perlahan

🩺 Non union supracondylar fracture of left femur

Tulang paha patah dan tak bercantum semula dengan betul

🩺 Malunited fracture distal 3rd left radius & ulna

Tulang tangan kiri bersambung dalam keadaan senget

đź”´ Disebabkan itu, Hafiz tidak boleh diangkat sembarangan. Silap sedikit boleh menyebabkan tulangnya patah.

Rindu Arwah Mak, Hafiz Perlu Terus Hidup..

Selepas ibu meninggal dunia, Hafiz dijaga sepenuhnya oleh abangnya Safian, dibantu ayahnya yang tidak sihat.

Segala urusan – dari makan, mandi, tukar lampin hingga ziarah kubur arwah mak – semuanya abangnya uruskan sendiri.

“Hafiz tak boleh diurus oleh sembarangan orang… Salah dukung pun boleh patah tulang.”

Sumbangan Anda Kami Sampaikan

IMG 8157 scaled 1

Gambar penyerahan mockup cheque RM50,000 oleh Prof Zainur Rashid, Pengerusi Yayasan Ikhlas kepada keluarga adik Hafiz

Pada 16 Julai 2023, Yayasan Ikhlas telah menyerahkan RM50,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada Hafiz.

Antara bantuan yang telah disalurkan:

Tapi Hafiz masih perlukan bantuan setiap hari…

Kini Bantuan RM100,000 Diperlukan

Kondisi Hafiz semakin kritikal. Dia perlukan keperluan khas yang konsisten.

Antara bantuan yang diperlukan Hafiz setiap bulan:

Sumbangan Anda, Harapan Untuk Hafiz Terus Hidup

Walau tak mampu berjalan, Hafiz masih mampu tersenyum. 

Senyuman itu hadir hasil sumbangan ikhlas anda.

“Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.”

Setiap ringgit anda bukan sekadar bantuan.

Ia adalah usaha menyembuhkan Hafiz, dan juga jalan penyembuh kepada diri anda sendiri, baik dari kesakitan zahir mahupun batin.

Siapa Yayasan Ikhlas

photo 2023 02 09 14 14 11

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 sebagai sebuah badan kebajikan berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami aktif menjalankan pelbagai misi bantuan di peringkat tempatan dan antarabangsa, termasuk mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga menerima kelulusan Pengecualian Cukai LHDN.

Sumbang Sekarang & Dapat Pengecualian Cukai

Bantu Hafiz
duitnow
Bantu Hafiz
duitnow

Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.

Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu diri sendiri kelak dengan pengecualian cukai LHDN.

Logo Yayasan Ikhlas Mini Normal

©Sedekahsini Bantu Pesakit Sihat | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)