Tiada Peluang Pendidikan & Bantuan
Kebanyakkan mereka di pendalaman Sabah khususnya di Semporna mempunyai banyak limitasi bantuan dan kemudahan disebabkan beberapa faktor.
Disebabkan kebanyakkan mereka tiada kad pengenalan (stateless), maka peluang pendidikan yang terbuka untuk mereka terhad. Jadi ia melahirkan generasi kanak-kanak yang:
Bayangkan bagaimana dengan solat mereka jika mengaji & ilmu agama pun kurang didedahkan.
1.Pendidikan Kanak-Kanak & Remaja
Kami membawakan Daie-daie yang terlatih untuk mengajarkan fardu ain dan fardu kifayah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kelas ini akan disertai oleh remaja dan kanak-kanak setempat.
Untuk memastikan kesungguhan anak-anak ini, setiap kali kelas diadakan kedatangan akan diambil. Bukan apa, kami bimbang jika anak-anak ini ada yang tidak hadir kerana kekangan seperti masalah keluarga atau perlu membantu ibu bapa.
Kebajikan anak-anak disini akan dipantau dan perkembangan mereka akan dinilai oleh daie disini.
2.Kelengkapan Belajar & Mengajar
Setiap pelajar akan diberikan buku Iqra, mukaddam, buku rujukan solat, Al Quran, alat tulis dan buku tulis supaya mereka bersemangat dan gembira belajar bersama kawan-kawan.
Tiada istilah pinjam-pinjam jika tidak cukup, kami sediakan semua keperluan mereka. Agar ibu bapa tidak rasa terbeban untuk menghantar anak-anak mereka menimba ilmu.
Kami juga akan pastikan kelengkapan para guru di sini mencukupi agar proses pembelajaran dengan anak murid dapat dilaksanakan dengan baik & optimum.
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.
Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :
Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Riwayat al-Tirmizi (662)