Chow Kit,

Saksi Duka Tanpa Henti

Di Sini, Hidup Adalah Pertarungan Harian.

Chow Kit,

Saksi Duka Tanpa Henti

Di Sini, Hidup Adalah Pertarungan Harian.

Pengalaman Hitam Di Lorong Gelap

Lorong-lorong gelap Chow Kit menyimpan seribu cerita yang tidak pernah didengari. Di sinilah mimpi hancur, air mata jatuh tanpa saksi, dan harapan perlahan-lahan hilang.

Setiap insan di lorong ini membawa beban yang lebih berat daripada usia mereka, bertarung dengan nasib yang seakan tidak berpihak. Namun, di sebalik kegelapan, masih ada peluang untuk mencipta sinar – dengan keprihatinan kita.

Tiada Makanan, Tiada Pendidikan,
Tiada Harapan.

Chow Kit adalah rumah bagi mereka yang tersisih, di mana lorong sempit menjadi saksi hidup tanpa makanan, pendidikan, dan impian.

Anak-anak kecil bermain dengan perut kosong, sementara ibu-ibu hanya mampu berharap ada keajaiban.

Malam yang dingin menjadikan kaki lima sebagai katil dan cahaya malap sebagai peneman. Masa depan mereka seakan lenyap, namun di sebalik kegelapan, masih ada harapan kecil menanti untuk diubah.

Tiada Makanan, Tiada Pendidikan,
Tiada Harapan.

Chow Kit adalah rumah bagi mereka yang tersisih, di mana lorong sempit menjadi saksi hidup tanpa makanan, pendidikan, dan impian.

Anak-anak kecil bermain dengan perut kosong, sementara ibu-ibu hanya mampu berharap ada keajaiban.

Malam yang dingin menjadikan kaki lima sebagai katil dan cahaya malap sebagai peneman. Masa depan mereka seakan lenyap, namun di sebalik kegelapan, masih ada harapan kecil menanti untuk diubah.

Nyalakan Harapan Di Tengah Kegelapan

Misi Asnaf Jalanan (MAJ) ditubuhkan pada 28 Julai 2023 untuk menyediakan sokongan bulanan kepada individu yang memerlukan di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Program bulanan ini bertujuan untuk membantu individu yang terpinggir di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti dan bantuan secara berkala telah dilakukan untuk dewasa dan kanak-kanak.

RM55,000+ Telah Dimanfaatkan

Lebih 15 bulan beroperasi, pelbagai manfaat telah disalurkan kepada mereka setiap bulan.

Program Motivasi & Sesi Kaunseling

Barangan Keperluan Harian

Barang Keperluan Hari Perayaan

Pembelajaran Asas 3M

Pembelajaran Asas Fardu Ain

Program / Ceramah Keagamaan

Kenapa Lebih 1,200 Asnaf Chow Kit Disantuni

Misi Kami:
Jalanan Tanpa Asnaf

Tidak cukup setakat pelajaran dan makanan percuma, kami sasarkan untuk bantu setiap asnaf jalanan ini berjaya lebih jauh. Matlamat besar kami untuk mewujudkan komuniti yang sihat dari akar umbi agar dapat melahirkan generasi yang lebih cerah dan berdaya saing.

Mengembangkan skill & kemahiran kanak-kanak & remaja, seterusnya menaja pembelajaran mereka.

Membimbing & mengasah skill & kemahiran orang dewasa untuk berjaya menghasilkan pendapatan yang selesa.

Mengembangkan program bantuan Misi Asnaf Jalanan sehingga ke negeri dan tempat lain.

Tiada Yang Jatuh Miskin Kerana Bersedekah

Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud."

Siapa Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Setiap Sumbangan Layak Mendapat
Pengecualian Cukai

Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.

Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.

Sumbang Sekarang

©Asnaf Jalanan | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)