BERHIMPIT 8 ORANG DALAM 1 BILIK SEWA

Anak gelandangan terpaksa lupakan hasrat ke sekolah akibat kemiskinan

3 Keturunan Tinggal Di Jalanan

Sedih sangat apabila kaki lima dan jambatan menjadi pilihan mereka ini untuk berteduh.

Kalau yang berkemampuan pula akan menyewa rumah atau bilik.

Tapi… 1 bilik yang disewa akan dihuni oleh 8 orang dewasa dan kanak-kanak.

Siapakah yang akan memantau keselamatan anak-anak gelandagan ini?

Keadaan bilik sewa yang daif. Setiap aras mempunyai 3 bilik dan 1 tandas yang dikongsi bersama 24 orang penghuni.

Sara Keluarga Dengan Minta Sedekah

Bayangkan seusia belasan tahun sudah mula keluar bekerja untuk menyara kehidupan sendiri.

Lebih teruk lagi ada yang terpaksa bekerja demi menyara ahli keluarga yang lain.

Rata-rata akan bekerja sebagai penjaga parkir, pembantu gerai dan pengumpul barangan lusuh.

Hanya pekerjaan itu sahaja yang tidak memerlukan pengalaman atau sijil pendidikan.

Paling menyedihkan ada yang mengharapkan ihsan orang ramai sebagai peminta sedekah.

11 Tahun Tapi Masih Tidak Pandai Membaca

Akibat tidak memiliki sijil lahir mereka sukar untuk mendapatkan pendidikan secara formal.

Ini memberi masalah yang lebih besar di masa akan datang.

Anak-anak ini akan terus tersepit di dalam kitaran hidup gelandangan seperti sebelumnya.

Kenapa Perlu Bantu Asnaf Jalanan?

Berdasarkan statistik, Lembah Klang mempunyai bilangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan paling ramai berbanding negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia

Yayasan Ikhlas Memerlukan Dana Sebanyak

RM 1000000
  • Bantuan barangan keperluan harian kepada 50 keluarga asnaf yang telah dikenalpasti
  • Bantuan Pendidikan kepada anak-anak asnaf jalanan seramai 60 orang berumur 6 – 14 tahun dan 40 orang berumur 15-19 tahun
  • Pembukaan pusat komuniti asnaf jalanan bagi memberi kursus kemahiran pekerjaan kepada asnaf dan pendidikan interaktif kepada anak-anak asnaf jalanan

Siapa Yayasan Ikhlas?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Kasih Ramadan

Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

Sek. Agama Rakyat

Pembinaan Sekolah Agama Kg Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

Demi Surauku

Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti anak-anak asnaf, fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan yang terletak di Borneo.

Hanya 3 Langkah Mudah

Untuk Menyumbang Kepada Asnaf Jalanan

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6235
Rujukan: BANTU ASNAF

©Asnaf Jalanan | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)