ANJUNG IKHLAS

'' Tidak dikira beriman salah satu daripada kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai diri sendiri. ''

(HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

Umat Islam Makin Bertambah

Setiap tahun ratusan warga Sabah dan Sarawak memeluk Islam, kembali kepada fitrah.

Alhamdulilah, semakin ramai yang menerima Islam dalam hati mereka dan ramai juga yang sedang mendalami Islam.

Mereka Belajar Dalam Kekurangan

Namun begitu, pelajaran anak-anak kecil ini terbatas.
 
Mereka mempunyai  kekangan guru-guru agama. Buku-buku rujukan Islam pula sedikit yang boleh digunakan.
 

Keterbatasan ini menyebabkan anak-anak ini tidak mampu belajar agama dengan sempurna.

Akses Yang Terhad

Lebih menyedihkan lagi, kebanyakkan daripada mereka ini berada di kawasan pendalaman yang kurang kemudahan & keperluan asas lain.

Prihatin Atau Pedulikah Kita?

Sebagai umat Islam, sudahkan kita tunaikan tanggungjawab kita untuk membantu saudara baru ini dalam menguatkan keislaman dan tali kepercayaan mereka kpada Allah SWT?

Mereka Perlukan Kita

Yayasan Ikhlas mempunyai visi & misi yang jelas pada tahun 2022 ini.
 
Kami mensasarkan untuk membantu lebih 900 saudara baru, termasuk anak-anak mereka.
 
Mereka akan dibekalkan dengan buku-buku agama & dibantu guru-guru agama sebagai rujukan.
 
Untuk itu, kami menganjurkan satu program khas iaitu:

ANJUNG IKHLAS

Anjung Ikhlas adalah sebuah projek pendidikan untuk mualaf Sabah & Sarawak oleh Yayasan Ikhlas 
 
Di mana kami memfokuskan lebih kepada ilmu pengukuhan & pemahaman Islam.
 
Kami berharap dengan bantuan ini, kami mampu membentuk mereka istiqamah serta menjadi muslim yang berilmu & bertaqwa.

Ke Mana Sumbangan Anda Akan Disalurkan?

1) Kelas Fardu Ain

Menyediakan pengajian Fardu Ain bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa secara percuma, dengan bantuan Daie-Daie yang kami pilih untuk membimbing mereka.

2) Kit Bantuan Ke Sekolah

Menyediakan peralatan sekolah yang lengkap bagi mereka supaya proses pembelajaran menjadi lebih mudah dan efisien.

3) 1 Daie Untuk 30 Pelajar

Menyediakan peluang pekerjaan dengan melantik Daie-Daie untuk mengajar kanak-kanak di sini dengan lebih teratur.

Namun Kami Tak Mampu Tanpa Anda

Semua manfaat untuk mualaf ini kami takkan mampu teruskan sendiri tanpa bantuan anda.
 
Demi menyahut seruan dakwah, mereka perlukan sokongan kita tanpa mengira pangkat, harta atau bangsa.
 
Mereka semua adalah saudara Islam kita yang perlukan bantuan. Kalau bukan kita, siapa?

SIAPA KAMI?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan  merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang  sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Kasih Ramadan

Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

Sekolah Agama Rakyat

Projek pembinaan Sekolah Agama di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 420 orang murid dan 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

Demi Surauku

Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti yang berada di Sabah dan Selangor.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍإِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”

Riwayat al-Tirmizi (662)

Bantu Mereka Bersama Kami

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Menyumbang Kepada Anjung Ikhlas

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: ANJUNG IKHLAS

Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk sms daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<

©Anjung Ikhlas | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)