Bumbung Bocor, Dinding Reput
400 Pelajar Dalam Bahaya

Setiap hari 400 pelajar duduk dalam bangunan serba kekurangan menanti bantuan yang tidak pernah sampai

Mereka Perlukan Bangunan Yang Lebih Selesa

Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda di Semporna telah berkhidmat 4 tahun, membina generasi hafazan dan akhlak untuk anak-anak asnaf. Kini bangunan yang menaungi mereka semakin uzur dan mereka perlukan bantuan kita untuk terus bertahan.

Al Huda Mini Gallery

Kenapa Al Huda Penting Untuk Anak Asnaf Semporna?

Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda bukan sekadar tempat mengaji ia adalah:

  • Tempat mereka diterima tanpa mengira latar belakang keluarga
  • Peluang untuk mendalami Al-Quran dan adab dalam suasana yang selamat
  • Harapan untuk masa depan yang lebih baik, dibina atas asas iman

Setiap hari mereka datang dengan semangat yang sama walaupun bangunan yang menaungi mereka semakin tidak selamat.

gurupedalaman 32 1
Tahun Operasi
0
Pelajar Asnaf
± 0

Namun, Bangunan Ini Tidak Lagi
Selamat Buat Mereka

Meski Al-Huda bertujuan memberi manfaat kepada anak-anak asnaf di Semporna ini namun situasi kini membahayakan nyawa mereka

Masalah 1

Struktur Kayu Uzur

Dinding, tiang asas dan tapak kayu semakin reput, menunggu masa untuk runtuh jika tidak dibina semula.

Masalah 2

Bumbung Bocor

Setiap kali hujan turun, air menitis masuk ke ruang kelas, mengancam keselamatan dan mengganggu sesi pembelajaran.

Masalah 6

Tiada Punca Elektrik Stabil

Bekalan elektrik tidak menentu, menjadikan sesi pembelajaran terganggu setiap kali bekalan terputus.

Masalah 4

Persekitaran Berdebu

Terletak di kawasan setinggan, kawasan sekolah bertukar lecak setiap kali hujan dan berdebu apabila kering, menjejaskan kesihatan dan keselesaan pelajar.

Masalah 5

Kerusi & Meja Uzur

Kerusi dan meja yang digunakan sudah lama dan ada yang patah, membahayakan keselamatan pelajar semasa sesi pembelajaran.

Maslaah 7

Gangguan Bunyi Genset

Bunyi bising genset mengganggu tumpuan 400 pelajar, sambil kos minyak terus membebankan operasi harian.

Bayangkan Jika Bangunan Ini Dibaik Pulih

Bangunan ini bakal menjadi ruang yang lebih selesa untuk anak-anak ini menimba ilmu sama seperti anak-anak kita di sini.

Dari sinilah generasi baru asnaf Semporna dibentuk agar mempunyai masa depan yang lebih cerah dan setiap kebaikan yang berlaku di dalamnya menjadi pahala jariah buat para penyumbang.

Poster Bank Alhuda

Pahala Mengalir Selagi Ilmu Dimanfaatkan

Kini anda boleh membantu menyediakan ruang belajar yang lebih baik untuk lebih 400 anak-anak Sabah di Al-Huda.

Sumbangan anda akan membantu mereka belajar dalam keadaan yang lebih selamat, selesa dan teratur.

Barang siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.

Bayangkan setiap kali anak-anak ini menghafal al-Quran & menggunakan kemahiran yang anda bantu, pahala terus mengalir kepada anda!

Setiap Sumbangan Layak Mendapat
Pengecualian Cukai

Alhuda acc bank

Yayasan Ikhlas telah menerima kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dengan nombor kelulusan 01/35/42/51/179-6.8139.

Sumbangan anda bukan sahaja membantu orang lain tetapi membantu anda kelak dengan pengecualian cukai LHDN.

Logo Yayasan Ikhlas Mini Normal

©Sedekahsini Baik Pulih Al-Huda | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)