576 ANAK ASNAF BERTARAF STATELESS TERABAI
Tiada Peluang Pendidikan & Bantuan
Mereka Pelapis Generasi Masa Hadapan
BANTU ANAK-ANAK ASNAF DI SABAH
Tiada kad pengenalan diri disebabkan terlalu jauh dari kawasan bandar
Tiada kenderaan untuk ke bandar & kos pengangkutan yang sangat mahal
Sumber pendapatan yang terhad & tak menentu
Tiada capaian internet yang luas untuk memohon bantuan
Kawasan pendalaman yang sukar diakses oleh orang luar
KENAPA ANAK ASNAF INI PERLU DIBANTU?
Disebabkan kebanyakkan mereka tiada kad pengenalan (stateless), maka peluang pendidikan yang terbuka untuk mereka terhad.
Jadi ia mengakibatkan kanak-kanak ini:
Tidak pandai membaca
Tidak pandai mengira
Tidak pandai mengaji
Kurang ilmu agama
Bayangkan bagaimana dengan solat mereka jika tidak mahir mengaji & ilmu agama pun kurang didedahkan.
APA ITU PUSAT KOMUNITI ISLAM AL-HUDA
BAGAIMANA SUMBANGAN ANDA DIGUNAKAN?
1. Pendidikan Kanak-Kanak & Remaja
Kami membawakan Daie-daie yang terlatih untuk mengajarkan fardu ain dan fardu kifayah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Kelas ini akan disertai oleh remaja dan kanak-kanak setempat.
Untuk memastikan kesungguhan anak-anak ini, setiap kali kelas diadakan kedatangan akan diambil.
Bukan apa, kami bimbang jika anak-anak ini ada yang tidak hadir kerana kekangan seperti masalah keluarga atau perlu membantu ibu bapa.
Kebajikan anak-anak disini akan dipantau dan perkembangan mereka akan dinilai oleh daie disini.
2. Kelengkapan Belajar & Mengajar
PERANCANGAN 2024
- Kami menyasarkan membantu lelaki & wanita dewasa di sini mendapat pendidikan agama & ilmu asas lain yang mencukupi.
- Menyediakan beberapa tapak kedai runcit supaya masyarakat setempat boleh berniaga & dapat menambah sumber pendapatan mereka.
- Mengadakan kelas atau bengkel menjahit & membuat keropok lekor di setiap PKOM Huda. Kami berharap dengan skill ini, mereka mampu untuk menanggung keluarga mereka pada masa akan datang.
- InsyaAllah, kami juga akan menambah beberapa lagi Pusat Komuniti Islam Al-Huda di sekitar Sabah untuk memudahkan urusan bantuan kepada mereka, di samping meningkatkan mutu ekonomi & pelajaran setempat.
SIAPA YAYASAN IKHLAS?
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.
Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :
Bantu Pesakit Sihat
Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.
Kasih Ramadan
Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.
Sekolah Agama Rakyat
Projek pembinaan Sekolah Agama di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.
Demi Surauku
Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti anak-anak asnaf, fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan yang terletak di Sabah dan Selangor.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Riwayat al-Tirmizi (662)
SUMBANGAN ANDA PENERUS KEHIDUPAN MEREKA
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Kepada Pusat Komuniti Al Huda
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran
Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: ALHUDA
Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk sms daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<
©Pusat Komuniti Al-Huda | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)