POS Kuala Mu, Perak adalah sebuah perkampungan orang asli suku Temiar yang terletak di Banjaran Titiwangsa, 65 km dari pekan Sungai Siput Utara.
Perkampungan ini terkenal dengan pusat pelancongan yang dibangunkan sendiri oleh masyarakat orang Asli di sini kerana keindahan perkampungan ini yang dikelilingan Hutan Hujan Tropikan dan kedingingan Sungai Mu yang merentasi sepanjang POS Kuala Mu ini.
Namun begitu, masyarakat orang Asli di Kuala Mu sangat jauh dengan pengajian agama Islam kerana tiada kelas pengajian Islam secara formal yang di jalankan di sini selain yang di ajar di sekolah. Malah, mereka perlu melalui perjalanan yang berliku dan bukit yang curam untuk ke pusat pengajian Islam yang terdekat untuk belajar agama.
Pusat Pengajian Iqra al-Husna merupakan sebuah inisiatif yang telah ditubuhkan oleh Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Sungai Siput dalam membantu lebih ramai anak-anak orang Asli mendapat pendidikan asas agama Islam.
Projek ini adalah untuk mengisi kelompongan ruang pendidikan agama yang perlu diterapkan kepada anak-anak orang Asli di Kuala Mu yang sukar mendapat akses kepada pendidikan agama yang formal di samping membantu mereka yang memerlukan.
Alhamdulillah, sepanjang setahun kelas ini berjalan, majoriti anak-anak orang Asli ini telah menguasai huruf hijaiyah dan 60% daripadanya dapat membaca Iqra dengan sangat baik.
Selain itu, mereka turut diajar ilmu fardhu ain, ilmu akidah dan fekah bagi menambahkan ilmu asas fardhu ain dalam ibadah harian.
Dengan dana ini kami akan digunakan untuk menggajikan guru-guru kelas pengajian dari kalangan orang Asli Kuala Mu dan alat bantu mengajar serta menyediakan makan dan minum kepada mereka setiap kali kelas pengajian berjalan.
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.
Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 261)
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Kepada Pusat Pengajian Iqra al-Husna, POS Kuala Mu, Perak
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran
Yayasan Ikhlas
5628 3463 6235
Rujukan: KELAS IQRA AL-HUSNA
©Sekolah Agama Rakyat | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)