BANTU ANAK-ANAK TAHFIZ MENGHAFAL AL-QURAN DENGAN LEBIH BAIK & SELESA

Terpaksa menghafal al-Quran dalam keadaan elektrik yang sering terputus

TENAGA ELEKTRIK TIDAK STABIL SEHINGGA MENGGANGGU KESELESAAN ANAK-ANAK TAHFIZ

Tenaga Elektrik Maahad Tahfiz al-Fateh sentiasa tidak stabil kerana sumber elektrik semasa ditarik dari Pencawang Kawasan Perumahan yang jauhnya sekitar 4.5 km.

Ini menyebabkan:

– Tenaga elektrik tidak kuat sehingga tidak dapat menampung keperluan semasa.

– Lampu juga sentiasa malap dan kipas tidak laju menyebabkan pelajar tidak dapat menghafal dengan selesa

– Ada makanan rosak sepenuhnya kerana peti ais terputus bekalan kuasa

Ketika saat ini Maahad Tahfiz Al-Fateh Masih Memerlukan Dana Sebanyak

RM 50010

Untuk memulakan kerja pembinaan Compact Sub TNB (Rumah Pencawang Elektrik)

KELULUSAN DAH DAPAT, TAPI DANA BELUM CUKUP

Pembinaan Compact Sub TNB ini sedang melalui Fasa 2, dimana Fasa 1 telah pun mendapat kelulusan daripada pihak TNB & sebut harga daripada pihak Konsultan.

Namun begitu, bagi memulakan pembinaan ini, Maahad Tahfiz al-Fateh memerlukan RM300,000 untuk proses seterusnya.

SIAPA YAYASAN IKHLAS?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Kasih Ramadan

Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

Sek. Agama Rakyat

Pembinaan Sekolah Agama Kg Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

Demi Surauku

Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti anak-anak asnaf, fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan yang terletak di Borneo.

BESAR PAHALANYA MEMBANTU ANAK-ANAK BELAJAR DI JALAN ALLAH

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.”

BANTUAN ANDA HARI INI IBARAT WAKAF UNTUK AKHIRAT KELAK.

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Menyumbang Kepada Projek Pembinaan Compact Sub TNB Maahad Tahfiz Al-Fateh

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6235
Rujukan: Tahfiz Al-Fateh

©Projek Pembinaan Tahfiz Al-Fateh | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)