44 TAHUN MINUM AIR TERCEMAR

Terpaksa Telan Walaupun Terdedah Kepada Ancaman Penyakit Merbahaya

Penduduk di Kampung Tanah Hitam, Sik tidak mendapat air bersih sejak sebelum merdeka.

KEMUDAHAN ASAS YANG DINAFIKAN

Setiap kali mereka buka paip yang keluar bukan air jernih tetapi air keruh berlumpur.

Bayangkan mereka terpaksa minum dan memasak dari sumber air yang kotor dan tercemar sejak 44 tahun yang dulu.

Macam tak percaya rupa-rupanya masih ada rakyat Malaysia yang masih tak dapat rasai bekalan air bersih.

Kebanyakan penduduk di sini dari kategori miskin tegar yang bekerja sebagai penoreh getah dan petani dan Sik di kenalpasti sebagai daerah termiskin di Malaysia.

Sudah lah bergelut dengan masalah kewangan dinafikan pulak hak mereka untuk terima kemudahan air bersih seperti orang lain.

ASAL BOLEH TERUS HIDUP

Projek Air Bersih Yayasan Ikhlas

Buat masa sekarang penduduk di sini gali sendiri air dari bawah tanah atau alirkan air dari bukit untuk kegunaan harian. 

Ramai yang tak mampu beli pam, jadi ada yang hanya tadah air hujan. 

Hujan atau kemarau, kedua-duanya akan timbulkan masalah buat mereka. Jika hujan, air dari bukit akan keruh berlumpur. Kalau kemarau bekalan air pula terhad.

LOKASI PROJEK AIR BERSIH

Syukur Alhamdulillah, berkat sumbangan anda selama ini telah membantu di 3 buah lokasi iaitu di Tanah Hitam Kedah, Pekan Pahang, & Kampung Tebun, Sarawak mendapat bekalan air bersih untuk kehidupan seharian.

DANA DIPERLUKAN SEBANYAK

RM 0

Bagi tujuan pembinaan projek pembangunan air bersih di 9 buah lokasi yang telah mendapat persetujuan bersama

Poster Projek Air 2023
Projek Air Bersih Yayasan Ikhlas

BERIKAN MEREKA AIR BERSIH

Bersama Yayasan Ikhlas Dengan Kerjasama Persatuan Anak-Anak Sik & Pihak Berautoriti Dalam Projek Air Bersih

Bersama Yayasan Ikhlas Dengan Kerjasama Persatuan Anak-Anak Sik & Pihak Berautoriti Dalam Projek Air Bersih

Kempen Tajaan Air Bersih

Projek Air Bersih ini akan memberi manfaat untuk tempoh yang panjang kepada seluruh penduduk kampung yang masih menggunakan bekalan air tidak terawat.

Sedekah air merupakan salah satu sedekah jariyah yang mana pahalanya akan mengalir secara berterusan, meskipun selepas meninggal dunia

FASA PERKEMBANGAN PROJEK SIK, KEDAH

FASA 1
Preliminaries
Januari 2023 - April 2023

Sesi lawatan tapak projek bersama pihak consultant bertauliah, Permohonan kelulusan projek daripada jabatan yang berkaitan serta kebenaran Ketua Kampung & Kelab Anak Sik, Pensturukturan peringkat akhir pelan sistem rawatan air  air bersih, serta lain-lain.

FASA 2
Kerja-kerja Kontraktor
Mei 2023 - November 2023

Menjalankan kerja-kerja naik taraf water intake air bukit graviti, Menjalankan ujian kualiti air, Pembinaan rumah pam, Pemasangan paip air dari bukit ke rumah-rumah, Membuat sistem filter air bukit graviti, Menjalankan Ujilari bagi gerak kerja yang telah disiapkan, membuat rundingan bersama pakar bagi peringkat akhir.

Fasa 3
Kerja Selesai & Penyerahan
Disember 2023

Penyerahan akhir projek rawatan air bersih ke Pejabat Daerah Sik, Kedah. 

KENAPA MEREKA PERLU AIR BERSIH?

Air bersih sepatutnya dinikmati oleh semua orang di Malaysia kerana air adalah keperluan asas utama.

BANTUAN YANG DISALURKAN

Sa'ad ibn Ubadah (RA) meriwayatkan :
Sa'ad bertanya kepada Rasulullah (ﷺ), “Ibunya Sa'ad telah meninggal, bentuk sedekah apa yang terbaik?”Rasulullah (ﷺ) menjawab, “Air.” Maka beliau menggali perigi dan mengatakan,Ini untuk ibunya Sa'ad (sebagai wakaf)

SIAPA YAYASAN IKHLAS?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Kasih Ramadan

Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

Sek. Agama Rakyat

Pembinaan Sekolah Agama di Kg Kilugus & Kg Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

Demi Surauku

Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti anak-anak asnaf, fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan yang terletak di Borneo.

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Menyumbang Kepada Projek Air Bersih

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: Projek Air

©Sedekahsini Pembinaan Projek Air Bersih | Yayasan Ikhlas