Setiap kali mereka buka paip yang keluar bukan air jernih tetapi air keruh berlumpur.
Bayangkan mereka terpaksa minum dan memasak dari sumber air yang kotor dan tercemar sejak 44 tahun yang dulu.
Macam tak percaya rupa-rupanya masih ada rakyat Malaysia yang masih tak dapat rasai bekalan air bersih.
Kebanyakan penduduk di sini dari kategori miskin tegar yang bekerja sebagai penoreh getah dan petani dan Sik di kenalpasti sebagai daerah termiskin di Malaysia.
Sudah lah bergelut dengan masalah kewangan dinafikan pulak hak mereka untuk terima kemudahan air bersih seperti orang lain.
Buat masa sekarang penduduk di sini gali sendiri air dari bawah tanah atau alirkan air dari bukit untuk kegunaan harian.
Ramai yang tak mampu beli pam, jadi ada yang hanya tadah air hujan.
Hujan atau kemarau, kedua-duanya akan timbulkan masalah buat mereka. Jika hujan, air dari bukit akan keruh berlumpur. Kalau kemarau bekalan air pula terhad.
Syukur Alhamdulillah, berkat sumbangan anda selama ini telah membantu di 3 buah lokasi iaitu di Tanah Hitam Kedah, Pekan Pahang, & Kampung Tebun, Sarawak mendapat bekalan air bersih untuk kehidupan seharian.
Projek Air Bersih ini akan memberi manfaat untuk tempoh yang panjang kepada seluruh penduduk kampung yang masih menggunakan bekalan air tidak terawat.
Sedekah air merupakan salah satu sedekah jariyah yang mana pahalanya akan mengalir secara berterusan, meskipun selepas meninggal dunia
Sesi lawatan tapak projek bersama pihak consultant bertauliah, Permohonan kelulusan projek daripada jabatan yang berkaitan serta kebenaran Ketua Kampung & Kelab Anak Sik, Pensturukturan peringkat akhir pelan sistem rawatan air air bersih, serta lain-lain.
Menjalankan kerja-kerja naik taraf water intake air bukit graviti, Menjalankan ujian kualiti air, Pembinaan rumah pam, Pemasangan paip air dari bukit ke rumah-rumah, Membuat sistem filter air bukit graviti, Menjalankan Ujilari bagi gerak kerja yang telah disiapkan, membuat rundingan bersama pakar bagi peringkat akhir.
Penyerahan akhir projek rawatan air bersih ke Pejabat Daerah Sik, Kedah.
Air bersih sepatutnya dinikmati oleh semua orang di Malaysia kerana air adalah keperluan asas utama.
Sa'ad ibn Ubadah (RA) meriwayatkan :
Sa'ad bertanya kepada Rasulullah (ﷺ), “Ibunya Sa'ad telah meninggal, bentuk sedekah apa yang terbaik?”Rasulullah (ﷺ) menjawab, “Air.” Maka beliau menggali perigi dan mengatakan,Ini untuk ibunya Sa'ad (sebagai wakaf)(Abu Dawud & Nasa'i)
Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.
Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.
Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :
Hanya 3 Langkah Mudah
Untuk Menyumbang Kepada Projek Air Bersih
Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah
Isikan Maklumat Anda
Pilih Cara Pembayaran
Yayasan Ikhlas
5628 3463 6235
Rujukan: Projek Air
©Sedekahsini Pembinaan Projek Air Bersih | Yayasan Ikhlas