44 TAHUN MINUM AIR TERCEMAR

Terpaksa Telan Walaupun Terdedah Kepada Ancaman Penyakit Merbahaya

Penduduk di Kampung Tanah Hitam, Sik antara tempat yang masih menghadapi kesukaran mendapatkan air bersih.

KEMUDAHAN ASAS YANG DINAFIKAN

Setiap kali mereka buka paip yang keluar bukan air jernih tetapi air keruh berlumpur.

Bayangkan mereka terpaksa minum dan memasak dari sumber air yang kotor dan tercemar sejak 44 tahun yang dulu.

Macam tak percaya rupa-rupanya masih ada rakyat Malaysia yang masih tak dapat rasai bekalan air bersih.

Sudah lah bergelut dengan masalah kelangsungan hidup, malah dinafikan pula hak mereka untuk terima kemudahan air bersih seperti orang lain.

ASAL BOLEH TERUS HIDUP

Buat masa sekarang penduduk di sini gali sendiri air dari bawah tanah atau alirkan air dari bukit untuk kegunaan harian. 

Ramai yang tak mampu beli pam, jadi ada yang hanya tadah air hujan. 

Hujan atau kemarau, kedua-duanya akan timbulkan masalah buat mereka. Jika hujan, air dari bukit akan keruh berlumpur. Kalau kemarau bekalan air pula terhad.

KENAPA MEREKA PERLU AIR BERSIH?

Air bersih sepatutnya dinikmati oleh semua orang di Malaysia kerana air adalah keperluan asas utama.

BERIKAN MEREKA AIR BERSIH

Bersama Yayasan Ikhlas Dengan Kerjasama Persatuan Anak-Anak Sik & Pihak Berautoriti Dalam Projek Air Bersih

Projek Air Bersih ini akan memberi manfaat untuk tempoh yang panjang kepada seluruh penduduk kampung yang masih menggunakan bekalan air tidak terawat.

Sedekah air merupakan salah satu sedekah jariyah yang mana pahalanya akan mengalir secara berterusan, meskipun selepas meninggal dunia

BANTUAN YANG DISALURKAN

LOKASI PROJEK AIR BERSIH

Alhamdulillah berkat sumbangan anda selama ini telah membantu beberapa lokasi di Malaysia mendapat bekalan air bersih untuk kehidupan seharian

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti 1 butir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji.
Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.

SIAPA YAYASAN IKHLAS?

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kami telah menjalankan projek-projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan.

Yayasan Ikhlas juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari LHDN. Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.

Antara program-program lain yang telah dijalankan dibawah pendanaan Yayasan Ikhlas adalah seperti :

Bantu Pesakit Sihat

Bantuan dari segi alatan perubatan bagi kelangsungan kehidupan pesakit selepas menjalani pembedahan dan pertemuan atas nasihat doktor di hospital.

Kasih Ramadan

Program kebajikan tahunan bagi meringankan bebanan serta menyuntik keceriaan buat golongan yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan dan Syawal.

Sek. Agama Rakyat

Pembinaan Sekolah Agama di Kg Kilugus & Kg Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah yang memberi manfaat kepada 7 buah kampung pedalaman yang berdekatan.

Demi Surauku

Membaikpulih masjid, surau dan pusat komuniti anak-anak asnaf, fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan yang terletak di Borneo.

Hanya 3 Langkah Mudah

Untuk Menyumbang Kepada Projek Air Bersih

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Yayasan Ikhlas
5628 3463 6228
Rujukan: Projek Air

Yayasan Ikhlas sangat menghormati privasi anda.
Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk SMS daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe
>> Klik sini untuk delete nombor anda <<

©Sedekahsini Projek Air | oleh Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)