Setiap hari yang kita lalui adalah ruang untuk menambah amal.
Gunakan kesempatan yang ada untuk memberi manfaat, walaupun dengan sekecil-kecil kebaikan.
Perahkan segala usaha dan keringat kita untuk dapatkan pahala sebanyak mungkin setiap hari.
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain."
Hadis Riwayat Ahmad
Bayangkan manfaat & kebaikan yang anda dapat jika membantu 5 orang serentak.
Bantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan dan peralatan yang diperlukan.
Masjid Rahmani, Kg Sadek yang berusia 64 tahun kini dalam keadaan uzur, tidak selesa, dan membahayakan jemaah. Atap bocor, kayu reput, ruang kecil menjadikan usaha membaik pulih masjid ini satu keperluan mendesak.​
Bantu pembinaan bangunan sekolah Tahfiz di Kg Bantayan, Semporna, Sabah yang memfokuskan kepada silibus hafazan al-quran dan kemahiran TVET.
Taja Belajar adalah kempen tajaan kepada anak-anak di pedalaman & kepulauan Sabah untuk belajar secara percuma yang merangkumi pembelajaran 3M, asas agama Islam & fardu ain.
Bantuan Bencana adalah kempen Yayasan Ikhlas untuk membantu mangsa bencana alam seperti banjir di seluruh negara. Antara bantuan yang disalurkan termasuk pek makanan, pek hygiene, bekalan asas harian, serta sokongan Psychological First Aid bagi meringankan tekanan emosi mangsa.
Yayasan Ikhlas bersama Jabatan Pengurusan Perniagaan Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Penawar telah melangkah ke Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh, Johor Bahru, dengan satu tujuan menyebarkan kasih sayang dan harapan kepada anak-anak istimewa yang menghuni di sini.
Sempena Hari Malaysia, Yayasan Ikhlas bersama Unit Dakwah JAIPk telah menganjurkan Jelajah Orang Asli Malaysia (JOM) di Kuala Mu. Lebih 50 sukarelawan menyertai konvoi bermotor yang diisi dengan perarakan keliling kampung, pengagihan barang makanan, perlawanan bola sepak persahabatan, serta Forum Perdana Maulidur Rasul pada sebelah malam. Program ini berjaya menyemarakkan semangat patriotik dan ukhuwah bersama komuniti orang asli.
Yayasan Ikhlas menziarahi Hafiz yang menghidap 9 penyakit kritikal sejak kecil. Bantuan disalurkan termasuk pampers, tisu, tilam, pek makanan & bantuan tunai ubat-ubatan bagi meringankan beban keluarganya.
Selain mengharap pahala, anda sebenarnya telah menjadi sebab rezeki sampai kepada mereka yang memerlukan
Setiap sumbangan anda layak mendapat resit Pengecualian Cukai LHDN
Ditubuhkan pada 2009 & berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri
Membantu meningkatkan taraf hidup Muslim fakir & miskin luar bandar
2/3 bantuan anda disalurkan kepada rakyat Malaysia & di pedalaman Borneo
Yayasan Ikhlas (PPAB-09/2009)